Tuesday 6 June 2017

4 SENAMAN DAN AKTIVITI RINGAN YANG SESUAI DILAKUKAN KETIKA BERPUASA

Hi semua..



Bersenam di bulan puasa mungkin sesuatu yang mustahil bagi sesetengah orang. Tapi tahukan anda bersenam di bulan puasa bukan saja mampu membuang lemak di badan dengan cepat malah ianya juga membuatkan tubuh badan lebih bertenaga setiap hari. Memang bagi yang tidak biasa melakukan senaman dibulan puasa ianya agak menyukarkan kerana kita kurang mendapat sumber tenaga dari makanan dan minuman.Namun anda boleh mencuba beberapa senaman dan aktiviti ringan yang sesuai dilakukan ketika berpuasa  supaya tubuh badan anda tetap segar sepanjang hari.

1- Berbasikal


Berbasikal adalah satu aktiviti ringan yang menyihatkan dan tidak menggunakan terlalu banyak tenaga. Gerakan mengayuh basikal mampu mengeluarkan peluh dan menguatkan otot anda.Ianya sesuai dijadikan aktiviti ringan dibulan puasa.

2- Yoga

Dizaman sekarang ramai wanita yang lebih memilih yoga sebagai senaman harian kerana tidak memerlukan anda untuk berlari dan keluar rumah.Yoga mampu memberi ketenangan fikiran, menurunkan berat badan dan memperbaiki postur badan anda.Ianya sesuai dijadikan senaman ringan dibulan puasa.

3-Naik turun tangga

Bagi yang bekerja dan tinggal dirumah yang memerlukan anda naik dan turun tangga , anda bolej mempraktik kan senaman naik dan turun tangga setiap hari.Dikatakan dengan naik dan turun tangga selama 10 minit  anda mampu membakar 178 kalori setiap hari.

4- Berjalan Kaki

Salah satu aktiviti mudah dan mampu anda lakukan setiap hari dibulan puasa ialah berjalan kaki.Anda boleh melakukan aktiviti ini selepas bersahur selama 5-10 minit atau 15 minit sebelum berbuka puasa.Senaman ini boleh dilakukan semua peringkat usia.Dengan berjalan kaki setiap hari anda mempu mengurangkan risiko serangan jantung dan merendahkan paras kolestrol.

Berpuasa bukan lah alasan untuk kita tidak menjaga kesihatan.Malah dibulan puasa ini lah badan anda akan lebih mudah dineutralkan dengan aktiviti menyihatkan . Ambil lah peluang ini untuk ke arah hidup lebih sihat.

sekian..

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 Tips Cantik dan Sihat Semulajadi
| Distributed By Gooyaabi Templates