Wednesday 31 May 2017

TIPS DAN CARA PALING MUDAH MENGILANGKAN BAU BADAN DENGAN CEPAT

Hi Ladies...



TIPS DAN CARA PALING MUDAH MENGILANGKAN BAU BADAN DENGAN CEPAT Mempunyai bau badan memang membuatkan hati risau dan sukar untuk kita berada di dalam kelompok rakan-rakan serta orang ramai.Perasaan rendah diri dan tidak yakin akan sentiasa membelenggu diri kita.Walaupun beberapa cara sudah di cuba namun bau badan hilang hanya sementara.Bau nya kembali menyengat jika badan mula berpeluh dan ini pasti membuatkan kita berasa malas untuk beraktiviti dan bergaul dengan rakan-rakan lain.

Bayangkan ketika anda dan rakan-rakan berada didalam sebuah bilik , berkongsi cerita dan bergelak ketawa tiba-tiba anda menyedari yang rakan-rakan anda mula menjarak kan diri dari anda.Oh!!!pasti anda mula curiga bukan?Tak salah jika anda berkongsi masalah anda dengan kawan-kawan.Luahkan kerisauan anda tentang bau badan yang anda alami.Kebiasaan nya rakan-rakan akan berkongsi tips dan sentiasa memberi bantuan pada anda.Mereka akan memantau anda dari masa ke semasa.Dan ini akan membuatkan anda lebih bersemangat untuk mengatasi masalah anda yang satu ini.



Anda boleh mencuba Kesemua tips di bawah untuk menghilangkan bau badan.

- Kurangkan makanan yang berempah
- menggosok ketiak dengan kedua-dua kepala lutut anda
- mencuci ketiak dengan limau nipis
- menggunakan bedak khas untuk ketiak
- memakai deodorant
- menukar sabun mandian kepada sabun yang mengandungi antiseptik
- Mandi apa bila anda menyedari ketiak anda mula berbau
- Jauhkan minuman beralkohol
- Tinggalkan tabiat merokok
- Ketika haid kerap tukar tuala wanita dan mandi
- Mulakan diet kerana diabetis juga punca bau badan
- pilih pakaian yang lebih menyerap peluh.
- apabila berpeluh gunakan wipe tisu untuk mengeringkan bahagian ketiak.
- ambil kolagen setiap hati
- Kawal berat badan anda

Selain tips-tips diatas anda juga boleh mnedapatkan khidmat nasihat dari pakar farmasi.Dapatkan nasihat mereka ketika anda mendapatkan produk yang sesuai untuk menghilangkan bau badan.Anda tidak perlu malu untuk menyelesaikan masalah anda.Selalu lah memeriksa bau badan anda sendiri.Jangan biarkan orang lain yang mengesan nya terlebih dahulu.



Terdapat juga banyak petua-petua lama yang berguna khas untuk menghilangkan bau badan.Anda tidak perlu takut untuk mencuba.Pilih la kaedah mana yang sesuai dan mudah untuk anda.Jangan terlalu stress dan jangan cepat mengalah.Tidak ada masalah tanpa penyelesaian kecuali kita tidak mencuba..

Terima kasih

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 Tips Cantik dan Sihat Semulajadi
| Distributed By Gooyaabi Templates