Saturday 6 May 2017

BUAH-BUAHAN INI TIDAK BOLEH DIMAKAN OLEH PENGIDAP DIABETES



Kebanyakan dari kita yang mengamalkan diet dan pengambilan makanan seimbang pasti akan menjadi kan buah-buahan sebagai menu wajib setiap hari.Ini kerana dikatakan kandungan vitamin c yang tinggi yang terdapat di dalam buah.Namun bagi anda yang mempunyai penyakit diabetes atau sejarah keluarga yang mempunyai penyakit kencing manis dan  darah tinggi tidak semua buah-buahan boleh anda ambil dalam menu harian anda setiap hari disebabkan kandungan gula di dalam buah tersebut yang tinggi dan boleh memburuk kan lagi kesihatan anda.



Bagi anda yang mengidap diabetes pasti anda sering tertanya-tanya ..

Boleh kan pengidap diabetes makan pisang, durian...?

Boleh kah pengidap diabetis makan buah-buahan?

Buah-buahan apa yang boleh dimakan oleh pengidap diabetis?

Buah-buahan apa yang pengidap diabetis tidak boleh makan?


Berikut adalah senarai antara beberapa buah-buahan yang patut anda elak kan jika anda adalah pengidap diabetes.

1- Durian - Bagi pengidap diabetes anda boleh makan durian namun jangan berlebihan kerana kandungan gula nya yang tinggi.Didalam durian juga terdapat karbohidart,  lemak dan kandungan kalori yang tinggi membuatkan anda harus berhati-hati makan durian.Cukup 1-2 ulas durian sahaja.

2- Pisang - Pisang adalah buah yang paling di gemari oleh pengamal diet.Namun apa yang anda harus tahu kandungan gula di dalam pisang sangat tingi tambahan lagi untuk pisang yang sudah cukup masak ranum.Walaupun didalam pisang terdapat serat, kalium dan vitamin c namun kandungan gulanya juga tidak kurang hebat boleh membuatkan kadar gula dalam badan anda naik.

3- Anggur- Anggur hitam , anggur hijau atau pun anggur merah  ..ketiga-tiganya mengandungi gula yang tinggi.Untuk semangkuk kecil anggur ianya mendungi 15gram  gula.Anggur mengandungi antioksida namun had kan pengambilan nya dengan nasihat dari doktor anda.

4- Laici - Buah yang satu ini kerap dijadikan desert dan minuman kerana rasanya yang manis semulajadi .Ini kerana buah ini juga mengandungi gula yang tinggi dan tidak sesuai untuk anda yang mengidap diabetes.Rambutan juga sama dengan Laici, mempunyai gula yang tinggi dan bagi pengidap diabetes dan darah tinggi , anda harus menghad kan pengambilan Laici dan rambutan.

5- Mangga - Buah kegemaran ramai ini bukan saja di makan apabila sudah masak malah buahnya yang muda juga tetap menjadi kegemaran ramai.Tapi tahukah anda bahawa buah mangga yang masak ranum mempunyai gula yang tinggi ..Untuk semangkuk mangga yang sudah di potong ianya mengandungi 23 gram gula.Disebabkan di dalam mangga terdapat serat, Vitamin A dan C anda boleh memilih mangga yang muda sahaja.


Buah-buahan yang Boleh dimakan oleh pesakit diabetes

Usah risau jika anda rasa banyak buah-buahan kegemaran anda yang anda tidak boleh makan kerana masih banyak lagi buah-buahan lain yang bagus untuk anda.Contohnya seperti Avocado , blueberry , aprikot, oren ,peaches dan strawberry.Anda juga boleh makan epal hijau .Buah-buahan ini bukan saja bagus untuk kesihatan malah untuk kecantikan .

Sebelum mengambil apa-apa makan rujuk pakar kesihatan anda.Tidak semua bahan semualajadi baik untuk badan kita.Ianya bergantung pada tahap kesihatan kita

Terima kasih

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 Tips Cantik dan Sihat Semulajadi
| Distributed By Gooyaabi Templates