Thursday 11 May 2017

TIP MUDAH UNTUK NAMPAK CANTIK SEMULAJADI TANPA SOLEKAN




Cantik...Wanita mana yang tak mahu kelihatan cantik dan menawan.Jika anda wanita yang suka bersolek mungkin mudah untuk buat wajah anda kelihatan cantik. Namun  solekan hanya digunakan untuk waktu dan masa tertentu sahaja.Tidak lah setiap hari dan setiap masa memerlukan wanita  untuk bersolek.Kecantikan semula jadi lebih diidamkan oleh setiap wanita.Mungkin memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan kulit yang cantik semulajadi.Ianya bergantung pada usaha dan disiplin diri anda.

Kami akan kongsikan beberapa tips mudah untuk merialisasikan impian anda mendapatkan kulit yang cantik seperti semula jadi dalam masa singkat tanpa menggunakan bahan solekan.


1- Minum air putih yang cukup setiap hari.Apabila kulit kita kekurangan air ianya menyebab kan kulit menjadi kering, berjerawat, kusam , berjeragat ,berkedut dan masalah berat badan. Minum 1 liter air untuk 25kg berat badan anda..Anda akan merasai perbezaan kulit anda seawal beberapa hari .Kulit akan menjadi lebih cerah, lembab dan anda akan lebih bertenaga.


2- Tidur awal dan bangun awal.Rehat yang baik ialah tidur.untuk seorang dewasa tidur yang cukup ialah selama 6-8 jam.Jika anda tidur melebihi dari tempoh itu badan dan otak anda akan berasa letih .Tidur lewat pulak akan menyebab kan anda  tidak cukup tidur apa lagi jika anda perlu bangun awal untuk ke tempat kerja.Tidur yang tidak cukup pasti akan menjejaskan prestasi kerja anda.


3- Bersenam setiap hari .Anda tidak perlu ke gym atau berlari hingga 2 km setiap hari.Cukup anda lakukan senaman ringkas di bilik tidur anda.Lakukan sedikit regangan atau anda boleh lakukan 20x climbers untuk mengeluarkan peluh.Cara paling mudah untuk memulakan hari anda dengan rasa lebih segar. Anda juga tentu tidak mahu rakan sekerja melihat wajah anda yang kelihatan mengantuk dan tidak bermaya..bukan?

4-Berfikiran positif dan sebarkan semangat itu pada rakan yang lain . Setiap orang suka berkawan dengan orang yang positif, menyokong dan suka memberi bantuan. Walaupun tidak mempunyai wajah yang cantik namun sikap yang positif akan membuatkan anda disenagi orang lain dan itulah yang sebenarnya membuatkan anda kelihatan cantik dan menarik di mata rakan-rakan anda.


5- Pilih untuk bahagia - Elak kan anda berada di dalam kehidupan yang stress dan menyukarkan anda.Anda mempunyai pilihan untuk keluar dari zon tersebut atau terus di situ.Sebelum anda berfikir tentang orang lain, anda perlu utamakan diri anda sendiri. Ketahui apa yang membuatkan anda lebih bahagia.Tidak menjadi kesalahan jika anda lebih memilih untuk bercuti bersama keluarga daripada membantu rakan anda yang mengalami masalah dengan kekasihnya.

Kecantikan bukan sahaja di gambarkan dari wajah dan fizikal namun ianya juga di zahirkan dari perbuatan dan sikap kita.cantik dalaman kita maka akan cantik juga lah luaran nya.

Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 Tips Cantik dan Sihat Semulajadi
| Distributed By Gooyaabi Templates