Featured

Monday 25 June 2018

Kapsul Kulit

KAPSUL KULIT
PENGGUNAAN FACE MIST MEMPENGARUHI KEBERKESANAN KRIM SPF ?
Saya merujuk kepada pakar mengenai perkara ini.
Ini saranan beliau :
> Spray face mist sebelum memakai pelembap dan sunscreen.
> Elak spray face mist secara langsung ke muka selepas anda sapu sunscsreen.
> Yang terbaik, spray face mist selepas selesai mekap.
Namun, jika dikhuatiri keberkesanan spf berkurang, apakah yang boleh dilakukan untuk menangani masalah ini ?
Alternatif lain ialah, anda boleh menggunakan krim spf yang mempunyai ciri-ciri ' water-proof '.
Walaupun krim itu water-proof, anda masih perlu “re-apply” sunblock setiap 2-3 jam juga, kerana bahan kimia di dalam krim sunblock tetap akan ‘breakdown’ apabila terdedah kepada sinaran UV.
Apa pun,
Kekerapan nak spray face mist itu terpulang pada keperluan dan keselesaan kulit anda. Serta pada masa yang sama, masih dapat dilindungi sebaiknya dari bahaya sinar UV.
Kata sayang kulit..
Memang renyah sikit la kerjanya..😌

(Credit : Puan Ony Nurhusni)

Tuesday 27 June 2017

APAKAH PENYEBAB KEPUTIHAN DIKALANGAN WANITA

Hi Ladies..



APAKAH PENYEBAB KEPUTIHAN Masalah keputihan sering dialami oleh wanita yang sedang hamil akibat dari perubahan hormon yang menjadi punca kepada peningkatan pengeluaran cairan vagina serta penurunan pH. Ini adalah punca utama masalah keputihan dikalangan wanita hamil.

Keputihan dianggap normal jika terdapat cairan jernih atau putih yang kadang2 bersifat kental dan tidak berbau.Tapi jika ianya disertakan dengan kegatalan, cairan yang berbau, berwarna kehijauan  atau disertakan dengan sedikit darah , ianya adalah sesuatu yang perlu anda ambil serius kerana ianya boleh membawa mudarat kepada ibu dan juga janin dalam kandungan.

Namun masalah keputihan juga boleh dialami oleh wanita yang tidak hamil.Ianya biasa berlaku akibat beberapa faktor.Antaranya ialah:-

Jangkitan kulat - menyebabkan  keputihan yang berwarna putih atau kekuningan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal, kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia



Jangkitan kuman trichomonas - Menyebabkan cairan yang keluar berwarna hijau dan disertai dengan rasa gatal yang berterusan dan membuat anda  tidak selesa.

Jangkita bakteria vaginosis - tandanya ialah keluarnya cairan yang berwarna kelabu dan berbau busuk serta hamis.

Penyakit yang menular melalui hubungan seks -  Keluar  cairan yang bersifat ‘cheesy’, berbau dan bercampur darah

Kanser pangkal rahim - keluar cairan tetapi tidak gatal biasanya disertai bau busuk

Vaginitis atropik - Biasanya dialami oleh wanita yang  usia lanjut (menopause) yang pada kebiasaannya disertai rasa nyilu disebabkan kurangnya hormon estrogen

Pengaruh Ubat-  antibiotik, ubat yang mengandungi estrogen

Kehadiran benda asing - terdapat benda asiing seperti benang, kain atau benda lain yang secara sengaja / tidak sengaja ada di dalam vagina.

Perubahan mental, perubahan hormon dan penyakit dalaman adalah 3 faktor utama penyebab keputihan di kalangan wanita.Ianya bukan lah masalah yang harus dipandang ringan. Bagi yang belum berkahwinan keputihan boleh menjejaskan tahap kesuburan anda apabila mendirikan rumahtangga nanti.


Terima Kasih

Thursday 22 June 2017

PAYUDARA TETAP CANTIK WALAUPUN KERAP MELAHIRKAN DAN MENYUSKAN BAYI

Hi Ladies...



Dilema yang sering dialami oleh wanita yang melahirkan anak dan menyusukan bayi ialah perubahan yang berlaku pada payudara mereka. Ianya bukan sesuatu yang pelik apabila bentuk yang cantik dan keanjalan payudara  hilang dalam tempoh hanya beberapa tahun selepas melahirkan anak. Setiap wanita akan melalui perkara ini namun ianya dapat diatasi dengan beberapa tips yang akan kami kongsikan pada anda.

Kebiasaan nya ketika payudara penuh dengan susu, payudara akan terlihat mampat dan menarik namun selepas bayi kenyang , payudara menjadi kendur dan tidak menarik.Untuk mengatasi masalah ini , ini dia 4 tips yang anda harus titik beratkan demi dapat mengekalkan kenjalan payudara anda.

1- Jaga pemakanan anda ketika menyusukan bayi.kebanyakan wanita akan mengelak kan mengambil makanan berlemak demi mempercepatkan proses menurunkan berat badan ketika menyusukan bayi.Namun cari ini akan merosak kan sel kulit pada payudara anda.

Kekurangan lemak di bahagian payudara akan membuatkan payudara cepat kendur dan lembik.Ini kerana payudara wanita sebenarnya diselaputi lemak.Lemak ini juga dapat menutup cela stretch mark pada payudara.



2- Jangan berhenti menyusukan bayi secara mendadak .Sebaiknya bayi diberi susu ibu sehingga berusia 2 tahun.Namun jika bayi sudah mencapai usia 2 tahun , jangan menghentikan nya secara mendadak.Lakukan secara berperingkat.Apa bila bayi suda mula mengenal makanan nya anda hanya perlu menyusukan bayi 2-3 kali sehari sahaja. Lakukan sehingga bayi tidak lagi mahu menyus.

3- Ketika menyusukan bayi pastikan anda duduk dengan betul.Jangan terlalu membongkokkan badan.Duduk dalam keadaan selesa.Pastikan bayi juga menghisap puting anda dengan betul supaya dia tidak terlalu menarik payudara anda.

4- Boobs Up By Sari adalah satu produk yang boleh mengembalikan keanjalan dan membentuk kembali payudara anda supaya nampak lebih cantik dan menarik.Produk ini selamat digunakan dan anda boleh mendapatkan nya dengan meninggalan komen anda di facebook kami Yans D'Beaute

Terima kasih.

Tuesday 20 June 2017

RAHSIA KEKAL SIHAT DAN CANTIK SETIAP MASA

Hi Ladies...




Kecantikan dan kesihatan sangat penting bagi seorang wanita apa tah lagi dalam era moden ini kebanyakan wanita aktif seharian di luar malahan didalam rumah. Dalam memastikan segala aktiviti berjalan lancar sudah tentu ada perkara-perkara yang terpaksa diabaikan oleh wanita yang melibatkan kesihatan dan kecantikan.Namun dengan beberapa tips dan gaya hidup wanita dapat mengekalkan kesihatan dan kecantikan setiap masa tanpa risau akan kesiahatan dan kecantikan mereka.Hari ini akami akan mendedahkan rahsia kekal sihat dan cantik setiap masa.

Perkara pertama yang penting dalam memastikan tahap kesihatan dan kecantikan kekal sentiasa ialah dari segi pemakanan. Tabiat makan yang baik ialah apabila anda mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang . Pengambilan buah-buahan dan sayuran adalah wajib memandangkan ianya banyak mengandungi khasiat dan serat yang sangat di perlukan oleh tubuh dan kulit kita.

Tidur yang cukup juga sangat penting untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan.Tidur yang cukup menjadi wajah lebih segar bermaya tanpa lebam bawah mata dan kulit yang sentiasa kekal lembap.Tidur juga sangat penting untuk memberikan anda tenaga bagi melakukan segala aktiviti.Bayangkan jika anda tidak cukup tidur.Sudah tentu prestasi kerja anda juga tidak menentu dan anda cepat stress. Ini akan mempengaruhi tahap kesihatan anda.

Tidak ramai yang suka bersenam. Senaman adalah perkara yang tidak patut anda abaikan.Ini kerana senaman juga menjadikan anda kekal cantik dan sihat.Wanita yang bersenam akan mendapat kulit yang lembab , badan yang cantik dan dari segi kesihatan ianya tidak dapat disangkal lagi.Walau apa pun masalah kesihatan yang anda alami, anda tetap perlu melakukan senaman .Begitu lah pentingnya senaman dalam kehidupan seharian kita.



Tidak guna jika anda hanya mempunyai wajah yang cantik namun sering mengabaikan perihal kebersihan.Kebersihan adalah antara perkara yang boleh mengekalkan kesihatan serta kecantikan anda. Jaga kebersihan diri dan persekitaran anda supaya anda dapat menghirup udara yang segar dan kulit anda terpelihara dari pencemaran serta masalah alahan dan sebagainya.

Mungkin ada yang merasakan pengambilan vitamin tambahan adalah tidak perlu.Namun bagi anda yang menjalani kehidupan seharian yang sibuk , pengambilan vitamin tambahan sangat perlu bagi mengembalikan tenaga, menjaga kesihatan kulit dan sebagai booster kecantikan anda.

Diharapkan tips dan rahsia yang kami berikan pada anda ini dapat anda manfaat kan kearah kehidupan yang sihat dan cantik sentiasa.

Terima kasih

Copyright © 2015 Tips Cantik dan Sihat Semulajadi
| Distributed By Gooyaabi Templates