Tuesday 27 June 2017

APAKAH PENYEBAB KEPUTIHAN DIKALANGAN WANITA

Hi Ladies..



APAKAH PENYEBAB KEPUTIHAN Masalah keputihan sering dialami oleh wanita yang sedang hamil akibat dari perubahan hormon yang menjadi punca kepada peningkatan pengeluaran cairan vagina serta penurunan pH. Ini adalah punca utama masalah keputihan dikalangan wanita hamil.

Keputihan dianggap normal jika terdapat cairan jernih atau putih yang kadang2 bersifat kental dan tidak berbau.Tapi jika ianya disertakan dengan kegatalan, cairan yang berbau, berwarna kehijauan  atau disertakan dengan sedikit darah , ianya adalah sesuatu yang perlu anda ambil serius kerana ianya boleh membawa mudarat kepada ibu dan juga janin dalam kandungan.

Namun masalah keputihan juga boleh dialami oleh wanita yang tidak hamil.Ianya biasa berlaku akibat beberapa faktor.Antaranya ialah:-

Jangkitan kulat - menyebabkan  keputihan yang berwarna putih atau kekuningan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal, kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia



Jangkitan kuman trichomonas - Menyebabkan cairan yang keluar berwarna hijau dan disertai dengan rasa gatal yang berterusan dan membuat anda  tidak selesa.

Jangkita bakteria vaginosis - tandanya ialah keluarnya cairan yang berwarna kelabu dan berbau busuk serta hamis.

Penyakit yang menular melalui hubungan seks -  Keluar  cairan yang bersifat ‘cheesy’, berbau dan bercampur darah

Kanser pangkal rahim - keluar cairan tetapi tidak gatal biasanya disertai bau busuk

Vaginitis atropik - Biasanya dialami oleh wanita yang  usia lanjut (menopause) yang pada kebiasaannya disertai rasa nyilu disebabkan kurangnya hormon estrogen

Pengaruh Ubat-  antibiotik, ubat yang mengandungi estrogen

Kehadiran benda asing - terdapat benda asiing seperti benang, kain atau benda lain yang secara sengaja / tidak sengaja ada di dalam vagina.

Perubahan mental, perubahan hormon dan penyakit dalaman adalah 3 faktor utama penyebab keputihan di kalangan wanita.Ianya bukan lah masalah yang harus dipandang ringan. Bagi yang belum berkahwinan keputihan boleh menjejaskan tahap kesuburan anda apabila mendirikan rumahtangga nanti.


Terima Kasih

1 comment:

Copyright © 2015 Tips Cantik dan Sihat Semulajadi
| Distributed By Gooyaabi Templates