Tuesday 13 June 2017

4 BAHAN YANG PERLU ANDA HINDARI JIKA KULIT BERMINYAK

Hi Ladies...



Kebanyakan wanita tidak suka kulit mereka berminyak.Ramai yang menyangka kan kulit berminyak akan memerangkap habuk dan membuatkan wajah cepat di tumbuhi jerawat.Tapi tahukah anda sebenarnya minyak pada kulit wajah kita berfungsi sebagai pelindung dari debu dan habuk serta memperlambatkan penuaan kulit wajah.Ianya juga mengekalkan kelembapan kulit wajah kita.

Namun minyak yang berlebihan hingga menjejaskan penampilan sudah tentu membuatkan wanita hilang keyakinan diri.Jika anda mengalami masalah kulit berminyak yang berlebihan anda perlu mengelak dari menggunakan beberapa bahan semulajadi ini.:-

1- Mayonis.


Anda tentu pernah mendengar bahawa mayonis sangat bagus untuk dijadikan masker pada wajah.Namun bagi wanita yang mengalami masalah kulit wajah berminyak , elak kan menggunakan mayonis sebagai bahan di dalam masker anda.Struktur nya yang pejal dan mampat juga boleh membuatkan ianya tersumbat di pori -pori .

2- Putih telur


Petua orang tua jika ingin kan kulit yang pejal dan cerah berseri , gunakan masker putih telur.Tapi bagi anda yang mempunyai kulit  berminyak sebaiknya anda hindari dari menggunakan putih telur di dalam masker anda.Putih telur akan membuatkan anda mengalami jerawat dan bagi mereka yang mengalami masalah kulit wajah yang serius , putih telur bukan lah bahan semulajadi yang sesuai untuk anda.

3- Air Suam



Mencuci wajah menggunakan air suam bukan lah cara terbaik untuk mencuci wajah terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah kulit berminyk. Air suam atau air panas boleh menghilangkan lipid pada kulit dan menyebabkan kulit anda akan lebih kerap mengeluarkan minyak berlebihan.Pori pada kulit jug akan terbuka.Cukup sekadar menggunakan air dengan suhu bilik.

4- Soda Bikarbonat.


Ramai wanita yang menggunakan soda bikarbonat untuk menghilangkan bintik hitam pada hidung dan untuk mencerahkan wajah.Sebenarnya sda bikarbonat bukan lah bahan yang sesuai untuk rawatan kulit wajah kerana sifatnya yang menghakis. Ianya akan menyebabkan kulit wajah menjadi terlalu kering dan kulit yang terlalu kering akan membuatkan minyak terhasil lebih banyak terutamnya selepas bangun dari tidur.

Ladies..tidak semua bahan semulajadi baik, untuk kulit wajah.Sebaiknya sebelum memulakan apa2 rawatan sendiri pada kulit  anda dapatkan nasihat dari pakar kulit anda.


Terima kasih

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 Tips Cantik dan Sihat Semulajadi
| Distributed By Gooyaabi Templates