Sunday 18 June 2017

CARA MENGHILANGKAN TAHI LALAT

Hi Ladies..



Cara menghilangkan tahi lalat adalah perkara yang ingin diketahi oleh kebanyakan dari kita.Tahi lalat dianggap sebagai pemanis di wajah namun ada kalanya tahi lalat menjadi satu gangguan apabila ianya mempunyai saiz dan bentuk yang amat memalukan.Kedudukan tahi lalat pada tempat yang tidak sesuai juga menjadikan tahi lalat bukan lah sesuatu yang perlu di simpan dan dibiarkan.

Namun terdapat beberapa cara dan petua yang digunakan untuk menghilangkan tahi lalat yang menempel di kulit .Berikut adalah beberapa cara dan petua yang boleh anda cuba sebagai alternatif menghilangkan tahi lalat.

Perhatian: Dapatkan nasihat doktor atau pakar kulit sebelum membuang tahi lalat

1- Getah Bunga Kemboja boleh digunakan untuk menghilangkan tahi lalat terutaanya tahi lalat yang timbul.Getah bunga kemboja ini terdapat bada batang bunga dan daun nya.petik bunga atau daun kemboha kemudian sapu getah nya disekitar tahi lalat.Kemudian tutup tahi lalat dengan kapas.Lakukan setiap hari hingga tahi lalat tertanggal dengan sendiri.

2- Kapur makan juga boleh digunakan untuk menghilangkan tahi lalat..Ramai yang menggunakan cara ini dan ianya memang berjaya namun cara ini membuatkan ianya sedikit pedih.Apa yang perlu anda sediakan ialah satu sudu kecil kapur makan dan satu sudu kecil serbuk pencuci baju.ampurkan keduadua bahan ini dengan beberapa titik air ,Kacau sebati. kemudian dengan mengguakan lidi atau putik kapas, sapu sedikit ramuan tadi pada tahi lalat..Amalkan setiap hari dan tahi lalat akan tertanggal dalam masa 2-3 hari.



3 - Anda juga boleh menggunakan bawang putih sebagai bahan untuk membuang tahi lalat.Caranya mudah sahaja.Tumbuk 2 ulas bawang putih hingga lumat.kemudian letak kan tahi lalat pada kapas dan tekap kpa tersebut pada tahi lalat.Lakukan cara ini sebelum tidur.Dan keesokan nya anda akan mendapati tahi lalat mengecut dan tertanggal sendiri.Jika tahi lalat bersaiz besar mungkin anda perlu melakukan nya berulang kali.

4- Air nenas bukan sahaja menjadi penghilang dahaga malah ianya juga sangat bagus untuk menghilang kan tahi lalat.Caranya : ambil satu sudu kecil jus nenas dan sapu kan pada tahi lalat.Lakukan berulang kali setiap hari dan tahi lalat anda akan tertanggal sendiri dalam masa 1 minggu sahaja.

Selamat mencuba..

Terima Kasih



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 Tips Cantik dan Sihat Semulajadi
| Distributed By Gooyaabi Templates