Saturday 17 June 2017

INI 5 MAKANAN YANG MEMBANTU ANDA MEMBAKAR LEMAK DENGAN CEPAT

Hi Ladies..



Bentuk badan yang cantik dan menawan memang mejadi impian ramai wanita.Ianya juga adalah petanda anda mengamalkan gaya hidup yang sihat.Badan yang ramping, bertenaga dan mempunyai otot yang sihat tidak akan terbentuk sendiri tanpa penjagaan dan rutin makan yang betul.

Ada banyak yang perlu dikorbankan untuk mendapartkan bentuk badan menawan.Namun anda boleh mengambil beberapa makanan semula jadi ini yang ternyata dapat membantu  proses pembakaran lemak di badan anda.

1- Nanas - Buah tropika yang kaya dengan serat dan vitamin C . Ianya sangat perting untuk metabolisme protein dan lemak.Makan nanas setiap pagi dan malam membantu anda membakar lemak dalam tubuh.

2- Cili - Kaya dengan Vitamin C dan antioksidan.Cili tidak mengandungi lemak dan kolestrol.Makan cili setiap hari bukan saja membantu membakar lemak malah cili juga sangat bagus untuk mengawal mood anda dan menyihatkan jantung .



3- Apel Hijau - kandungan serat yang tinggi , potasium dan kalori yang rendah membuatkan epal hijau sering menjadi pilihan mereka yang ingin menguruskan badan.Makan epal hijau akan membuatkan anda cepat kenyang malah mencantik kan kulit kerana kandungan Vitamin C pada bahagian lapisan kulit epal hijau.

4- Bayam - bayam sering menjadi pilihan pengamal diet memandangkan sayuran ini mudah di dapati dan ianya sangat berkhasiat.Bayam mengandungi zat besi, protein, vitamin dan magnesium serta berbagai kandungan mineral.Ianya sangat bagus untuk pencernaan dan sistem kardiovaskular

5- Timun - Timun mengandungi antioksidan, anti inflamasi dan vitamin C. Timun sering digunakan untuk membuang toksin dalam badan.Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah ianya sangat sesuai bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Bagi mepercepatkan prose pembakaran lemak sertakan juga dengan senaman dan tinggalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan minum minuman beralkohol.

 Terima kasih

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 Tips Cantik dan Sihat Semulajadi
| Distributed By Gooyaabi Templates