Thursday 15 June 2017

KETAHUI 6 PUNCA BIBIR MENJADI KERING

Hi Ladies..



Bibir yang cantik dan kemerah- merahan adalah tanda bibir anda sihat .Tapi sayang tidak ramai wanita yang mengambil berat tentang kecantikan dan kesihatan bibir. Bayangkan jika anda mempunyai bibir yang kehitaman, kering dan lebam sudah tentu ianya menjejaskan penampilan anda.Bibir yang tidak sihat kebiasaan nya mempunyai satu ciri utama iaitu bibir kering.

Bibir kering memerlukan rawatan yang berterusan dan konsisten.Anda tidak boleh culas dalam memberi perhatian pada bibir anda yang kering.Untuk mengatasi masalah bibir kering anda perlu mengetahui apakah punca bibir menjadi kering dan merekah hingga kan ada yang sukar untuk tersenyum kerana apabila senyum bibir anda akan menarik kulit bibir dan menyebabkan bibir ada luka dan berdarah.


Punca Bibir Menjadi Kering

Merokok

Merokok boleh menyebabkan bibir menjadi kering dan hitam.Kandungan haba yang mengalir melalui rokok apabila disedut akan merosakan kan bibir anda.Bibir yang kering kerana merokok agak sukar dirawat kerana lapisan kulit bibir yang telah rosak.Penggunaan pelembab pada bibir yang kering akibat merokok tidak akan mampu mengembalikan kelembapan semula jadi pada kulit bibir.Iaya hanya memberi kelembapan sementara sahaja.Apa yang perlu anda lakukan ialah hentikan tabiat merokok dan mula menjalani gaya hidup sihat dari segi pemakanan terutamanya.


Menggunakan lipstik yang salah

Beberapa bahan kosmetik terutamanya lipstik mengandungi bahan kimia yang tidak sesuai dengan kita. Apa perlu menukar lipstik anda.Kebanyakan lipstik sekarang bukan saja menggunakan bahan yang selamat dan diuji penggunaan nya malah ianya juga mampu melindungi bibir dari kekeringan.Anda perlu bijak memilih lipstik yang sesuai untuk anda.

Kerap tidak mencuci lipstik di bibir sebelum tidur

Tidur dengan wajah masih mempunyai solekan bukan saja membuatkan wajah anda berjerawat dan rosak malah bibir anda juga akan mengalami kekeringan kerana terlalu lama terdedah dengan bahan solekan.Pastikan sebelum tidur anda cuci solekan di wajah dan sapu argan oil pada bibir anda.


Kurang air dalam badan (dehydration)

Kekurangan minum air juga boleh menjadi punca bibir anda kering dan pecah-pecah.Nmaun anda harus berhati-hati kerana bukan semua air bagus untuk mengelak kan dehidration.Contohnya minuman yang mengandungi Kafien dan alkohol. kedua-dua nya membuatkan bibir anda lebih kering dan pecah-pecah.

Ubat Gigi

Anda tentu pernah mendengar petua menyapu ubat gigi pada bibir untuk mendapatkan bibir yang merah dan cantik. Tindakan menyapu ubat gigi pada bibir malah memrosak kan lagu bibir anda.Penggunaan pelembab bibir lebih baik berbanding menyapu ubat gigi.Anda juga perlu memilih ubat gigi yang tidak mengandungi Sodium Lauryl Sulfate untuk menggosok gigi.


Pemakanan

Dan yang terakhir sekali ialah pemakanan.Makanan yang pedas dan mengandungi garam yang tinggi boleh menjadi punca bibir kering. Elak kan makanan yang masam, pedas dan mempunyi kandungan garam yang tinggi.Banyak kan makanan yang mengandungi zat C,E dan B , elemen zinc, Zat besi dan beta- carotene.

Terima Kasih



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 Tips Cantik dan Sihat Semulajadi
| Distributed By Gooyaabi Templates