Featured

Friday 21 April 2017

TIPS MEMILIH PERFUME YANG SESUAI UNTUK KE TEMPAT KERJA




Bagi wanita yang bekerja , perfume wajib di pakai setiap hari apa lagi jika kerja yang melibatkan anda untuk bertemu dan bekerjasama dengan orang lain.Bukan sahaja sebagai menambah keyakinan diri malah perfume juga akan membuatkan anda mudah , senang dan selesa didekati.Namun dalam memilih perfume yang sesuai untuk ke tempat kerja ada beberapa perkara  dan tips yang anda perlu tahu dan dititik beratkan.

Citarasa setiap dari kita pasti berbeza-beza.Namun untuk jenis perfume ke tempat kerja anda perlu memilih perfume yang boleh buat anda fokus .Anda mungkin boleh mencuba perfume dengan wangian bunga melati .Haruman seperti ni akan membuat anda lebih peka dan tenang.Anda juga boleh memilih wangian papermint yang boleh meningkatkan daya ingatan dan sebagai aromaterapi bagi anda.

Lambakan perfume di pasaran memberi kelebihan pada kita untuk memilih jenis perfume yang kita gemari.Pilih saja yang mana anda gemari dan selesa mengikut kemampuan anda..Samaada Eau de Parfum, Eau de Toilette atau Eau de Cologne anda boleh mermilihnya. Namun jika anda ingin kan rasa wangi yang lembut dan tidak mengganggu konsentrasi anda patut memilih Eau de Perfume.Wangian nya juga kekal sepanjang hari.Anda tidak perlu mengaplikasikan ke tubuh anda terlalu kerap apa lagi di tempat kerja.Agak kurang manis jika anda asyik dilihat menyembur perfume oleh rakan sekerja lain ..bukan?

Ada juga wanita yang suka kan haruman yang lebih seksi dan menyerlah baunya..Anda boleh saja membawa perfume sebegini ke tempat kerja.Tapi jangan dugunakan setiap hari dan diwaktu siang.Anda boleh menggunakan nya ketika anda menghadiri majlis-majlis syarikat yang diadakan di malam hari.Untuk majlis syarikat yang diadakan diwaktu siang and boleh menggunakan perfume haruman green Tea ,citrus, apel, mint, white florals, wood atau cinnamon.

Bagi yang menggemari solid perfume , sudah tiba masanya anda menukar perfume anda.Perfume jenis ini agak berminyak dan tidak sesuai digunakan di tempat kerja.Lagi pula ianya cepat hilang bau nya dan perlu di aplikasi dengan kerap dan boleh meninggalkan kesan kuning pada pakaian anda.



Terima kasih..

Wednesday 19 April 2017

8 PERUBAHAN PADA PAYUDARA YANG MENUNJUK KAN TANDA-TANDA KANSER PAYUDARA





Kanser Payudara adalah penyakit yang paling digeruni oleh ramai wanita.namun mengesan tanda awal kanser payudara dapat menyelamatkan anda.Ada beberapa perubahan berlaku pada payudara anda yang anda boleh kesan sendiri sebagai pemeriksaan awal yang anda boleh lakukan sendiri di rumah.Dipetik dari faktakanker berikut adalah 8 perubahan yang berlaku pada payudara anda apabila anda menghidapi kanser payudara.

- Benjolan pada payudara

Benjolan pada payudara adalah petanda paling awal yang anda akan rasai apabila anda mengidap peringkat awal kanser payudara.Walaupun ianya bukan petanda yang jelas anda mendapat kanser namun setidak-tidak nya anda harus berwaspada dan melakukan pemeriksaan lanjut.Benjolan ini biasanya ada di sekitar payudara dan ketiak.Tidak kira benjolan tersebut kecil atau besar anda perlu melakukan pemeriksaan kesihatan dengan segera.

- Bentuk payudara berubah

Berdiri di depan cermin dan lihat perbezaan payudara anda.jika kedua-dua nya tidak sama bentuk ada kemungkinan itu petanda awal kanser payudara.Perhatikan juga saiz payudara anda .Jika saiznya dengan jelas berubah ada baiknya anda terus melakukan pemeriksaan kesihatan /

- kedutan pada bahagian tertentu payudara

kedutan pada payudara anda dalam tompokan kecil di bahagian tertentu payudara adalah petanda awal kanser payudara.Kulit payudara yang normal tidak akan mempunyai kedutan kecuali di bahagian puting.Rasa dengan tangan bahagian yang berkedut.Permukaan nya kasar dan kering hanya terdapat dibahagian tertentu payudara sahaja.

-Keluar cairan dari puting 

Tanpa anda sedari tiba-tiba cairan keluar dari puting anda.Cairan nya berbau busuk dan jernih dan  agak kenyal.Jika cairan yang keluar berwarna coklat atau merah itu bermakna kanser anda ditahap kronik.Cairan yang keluar berbeza dengan susu ibu.
-Rasa nyeri

-Kemerahan

Apabila terdapat tanda kemerahan dibahagian sekitar payudara ,anda harus berwaspada kerana itu adalah tanda awal kanser payudara.Tanda merah nin apa bila di sentuh ianya berasa hangat .Selain tanda merah , kulit payudara juga berubah warna seolah-olah lebih gelap di satu sisi sahaja.

-Puting masuk ke dalam

Ramai yang mengatakan jika puting payudara termasuk kedalam itu bermakna anda berisiko mengalami kanser payudara.kenyataan tersebut ada benarnya dan hanya boleh dipastikan dengan peemeriksaan lanjut oleh doktor anda . Harus anda ketahui bukan bahagian puting saja yang akan termasuk ke dalam tapi bahagian lain juga. Jika anda dapati kulitnya termasuk ke dalam itu petanda awal kanser payudara.Ianya boleh jadi bahagian atas payudara , tepi atau pun bawah.


-Gatal dan beruam di sekitar puting 


Rasa gatal yang tidak tertahan dibahagian sekitar puting payudara adalah tanda awal kanser payudara.Selain rasa gatal ada juga yang mengalami ruam disekitar puting .Ada juga yang akan mengalami kulit bersissik dan kasar di bahagian payudara.Apa sahaja perubhaan kulit pada payudara anda haruslan mendapat rawatan .Kulit normal manusia tidak bersisik dan beruam serta gatal.Apalagi  kalau gejala ini berlaku di bahagian payudara anda ianya sudah tentu perkara yang tidak normal.

- Rasa nyeri

Bagi seorang wanita mereka akan merasa nyeri pada payudara ketika hendak haid atau pun sedang hamil.Rasa nyeri ini tidak terlalu kerap terjadi.Tapi bagi penderita awal kanser payudara rasa nyeri yang mereka rasai sangat kerap dan sepeti tida penghujung nya.rasa nyeri ini juga hanya berlaku di kawasan yang sama.Jika anda merasa nyeri seperti ini jangan picit, urut  atau menyapu minya. Terus dapatkan rawatan secepat mungkin.


Kanser payudara merupakan penyakit yang boleh membawa maut yang tidak hanya di deritai oleh wanita tetapi juga lelaki.Kanser payudara dapat dikesan awal dengan hanya sentuhan.Jangan lupa untuk melakukan pemeriksaan rutin sendirian di rumah dan peka dengan setiap perubahan payudara anda.


  1. Terima Kasih

Monday 17 April 2017

HILANGKAN TUMIT PECAH DENGAN 5 BAHAN YANG MUDAH DIDAPATI INI



Ramai dari kita yang mudah mengalami tumit kaki pecah dan merekah.Tumit kaki yang pecah dan merekah sudah tentu menjejaskan penampilan kita.Bayangkan  tumit kaki anda pecah , merekah dan kering, apabila anda tidur kain cadar atau selimut bergesel di kaki anda dan ianya sudah tentu buat anda tidak selesa.

Lotion kulit boleh digunakan untuk menghilangkan tumit pecah dan kering namun bukan semua orang boleh menggunakan lotion kulit kerana ada yang mengalami alahan dan sebagainya.Untuk itu hari ini saya kongsikan 5 bahan yang mudah didapati  yang boleh digunakan untuk menghilangkan tumit pecah dan kering.

Bahan dan petua menghilangkan tumit pecah dan merekah




1- Bawang putih
Bawang putih bahan yang paling mudah didapati.Untuk menghilangkan tumit pecah anda hanya perlu gosok bawang putih pada tumit dan tapak kaki.Bawang putih tersebut perlulah  dibuang kulit dan dibersihkan .Anda juga boleh menghancurkan bawang putih dan dicampurkan dengan 2 sudu minyak zaiton.Kemudian sapu di bahagian tumit sekali sehari.sebelum tidur.Kesan nya boleh anda dapat lihat dalam masa 1 minggu.



2-Cuka
Cuka banyak digunakan dalam masakan.Bahan ini juga mudah didapai dan harganya juga murah.Siapa sangka bahan yang murah ini boleh menghilangkan tumit pecah dan kering ..Cara menggunakan nya,hanya sapu sekali sehari .kemudian biar selama 15 minit dan kemudian bilas hingga bersih.Cuka juga boleh menghilangkan bau kaki anda.



3-Baking Soda
Baking soda adalah bahan yang selalu digunakan dalam pembuatan kek dan biskut.Selain itu baking soda juga digunakan untuk penjagaan alatan rumah serta kecantikan kulit termasuk la menghilangkan tumit pecah dan lebam di bahagian buku lali.Anda hanya perlu mencampurkan 2 sudu besar baking soda ke dalam setengah besen air.Kemudian rendam kaki anda selama 15-20 minit . Kemudian bilas hingga bersih.Baking soda juga bagus untuk menghilangkan kulat dibahagian celah kaki anda.



4-jus lemon
Selain digunakan sebagai penyedap makanan , lemon juga sangat bagus untuk kesihatan kulit.Untuk menghilangkan tumit pecah dan merekah , anda hanya perlu mencampurkan perahan lemon dari sebiji lemon dengan 1 sudu baking soda.Kacau hingga sebati kemudian sapu di bahagian tapak kaki.Tunggu 15-20 minit kemudian bilas hingga bersih.Masker kaki ini boleh anda gunakan 3-4 kali seminggu.



5-minyak jarak
Minyak jarak atau lebih dikenali sebagai minyak castor telah digunakan sejak dari dulu lagi sebagai salah satu bahan untuk merawat kulit.Untuk menghilangkan tumit pecah hanya sapu minyak jarak di tapak kaki.Lebih kerap anda sapu lebih cepat kesan nya.Minyak jarak juga digunakan sejak dahulu untuk melembabkan bibir, melebat kan rambut dan juga menebalkan kening.

Untuk anda yang susah mendapatkan lotion kulit yang sesuai  boleh la mencuba perawatan seperti diatas .Bukan saja menjimatkan malah ianya selamat digunakan..

Terima kasih



Monday 10 April 2017

TINGGALKAN 5 PERKARA INI UNTUK KULIT CANTIK SEPERTI BAYI



Mempunyai kulit seperti bayi adalah impian ramai wanita.Kulit yang halus, lembut dan gebu bukan sahaja membuatkan diri lebih yakin malah ianya juga petanda kita mengamalkan gaya hidup yang sihat dan penjagaan kulit yang betul.Namun apabila usia semakin meningkat kulit menjadi kusam akibat  gaya hidup seharian.Tahukah anda bahawa anda boleh dapat dan kekalkan  kulit cantik dan sihat seperti bayi jika anda menghindari 5 tabiat ini dalam kehidupan seharian.

1-Tidur yang tidak cukup
Tidur adalah rehat yang paling baik.Ianya bukan sahaja memberi tenaga tapi juga memberi kesegaran pada kulit wajah anda.Wajah yang kusam , kulit kering, mata merah dan lebam adalah petanda anda kurang tidur.Bukan saja penampilan anda terjejas malah aktiviti seharian juga pasti membataskan anda untuk melakukan yang terbaik.Tidur lah dengan cukup adalah antara 7-8 jam sehari.



2-Tidur dengan solekan
Tidur dengan solekan akan membuatkan kulit anda kering, berjerawat  dan jeragat.Sebaiknya cuci muka setiap kali anda pulang ke rumah.Tidur dengan wajah yang bersih bukan saja membuatkan kulit bernafas dengan baik tapi ianya juga akan menjadikan anda lebih menjaga kebersihan diri.


3-Minum minuman ringan dan beralkohol
Kebanyakan minuman ringan mempunyai kandungan gula yang tinggi . Kandungan gula yang tinggi bukan saja menyebabkan penyakit merbahaya malah ianya akan menbuatkan kulit wajah anda kelihatan lebih tua.Banyak kan mengambil minuman dengan kandungan gula semula jadi seperti jus atau lebih baik minum air putih sahaja.



4-Merokok
Ramai sedia maklum akan keburukan merokok.Tabiat merokok akan menyebabkan kerosakan organ dalaman kita malah ianya akan menjejaskan kelembapan dan sel pada kulit kita.Dalam satu kajian ada mengatakan 2 batang rokok sehari boleh memendek kan 30 minit dari usia kita .


5-Kurang mengambil makanan berzat
Gaya hidup kebanyakan dari kita sekarang membuatkan semuanya perlu dilakukan dengan pantas.Untuk memudahkan lagi urusan seharian kadang kala kita mengabaikan pengambilan makanan yang berzat.Makanan ringan dan makanan segera adalah pilihan yang mudah dan cepat namun ianya adalah pilihan yang salah yang boleh menjejaskan kesihatan dan juga kulit kita.Kebanyakan makanan ringan akan menyebabkan kulit berminyak, berjerawat dan bagi sesetengah orang akan menyebabkan alahan .

Terima kasih

Thursday 6 April 2017

3 CARA MUDAH UNTUK MENGHASILKAN MASKER WAJAH


Kebanyakan pengasas produk kecantikan di pasaran menggunakan bahan semulajadi sebagai salah satu bahan utama dalam produk mereka.Hari ini Tips Cantik Dan Sihat akan mendedahkan 3 cara paling mudah untuk menghasilkan masker menggunakan bahan semulajadi .

1-Timun



Bahan-bahan
timun dan putih telur

cara-cara
Pukul terlur sampai berbuih.
parut timun sehingga 2 sudu besar.
Campur kan timun yang diparut kedalam telur..

Cara menggunakan
Sapu kan ke wajah .Biarkan selama 15 minit.kemudian bilas dengan air bersih.


2-Lemon



Bahan-bahan
Putih telur
lemon juice
Madu
Susu

Cara-cara
Pukul telur hingga berbuih.kemudian campur kan bahan lain sebanyak satu sudu setiap satu.

cara menggunakan
Sapukan ke wajah dan biarkan selama 15 minit.kemduain bilas dengan air suam.dan kemudian dengan air putih.


3-Kunyit

Bahan-bahan
Serbuk Kunyit
Avacado
Yougurt

cara-cara
hancurkan buah avacado .kemduian campur dengan yougurt dan serbuk kunyit

cara menggunakan
Cuci Muka hingga bersih.kemudian sapu mask ke wajah dalam gerakan melingkar satu arah sahaja.pakai selama 5 minit kemudian cuci muka hingga bersih.


Untuk mendapatkan kulit yang lebih cantik , ulang pemakaian masker 3 kali seminggu.Jangan lupa minum air putih yang cukup dan bersenam serta jaga pemakanan anda.


terima kasih

Tuesday 4 April 2017

5 MASALAH PADA KULIT INI TANDA TIDAK CUKUP MINUM AIR

5 MASALAH PADA KULIT INI TANDA KITA TIDAK CUKUP MINUM AIR Air adalah keperluan asas paling penting dalam kehidupan kita sehari-hari.Melalui hari tanpa air atau dengan air yang terhad amat menyukarkan.Air membentuk 60% daripada berat badan orang dewasa.Namun masih ramai yang tidak mengendahkan pengambilan  air yang secukupnya .Kekurangan air dalam badan boleh menjejaskan dan merosak kan badan mereka sendiri.Terdapat 5 masalah pada kulit yang biasa dialami oleh mereka yang kurang minum air putih.


1-Bibir kering
Anda mungkin merasakan ianya hanya masalah kecil apabila menyedari bibir anda kering.Namun masalah bibir kering jika tidak di rawat dan dicegah ianya akan berlarutan hingga melukakan kawasan bibir anda.Ini juga akan menyukarkan anda untuk makan dan bercakap.Ada juga yang hanya minum air bergula namun ianya bukan penyelesaian kerana air bergula tidak mampu memberi kelembapan berterusan pada bibir anda.Minum air putih setiap jam supaya keadaan bibir anda kembali lembab.


2-Kulit menjadi kering
Kulit adalah organ terbesar pada tubuh kita.Disebab kan itu kita memerlukan air yang banyak supaya kekal terhidrat.kulit kering adalah salah satu daripada tanda-tanda awal dehidrasi .Kekurangan air bermakna kekurangan peluh, yang membawa kepada ketidakupayaan badan untuk mencuci kotoran yang berlebihan dan minyak terkumpul sepanjang hari. Jika anda ingin mencegah jerawat, tindakan pertama anda ialah anda perlu minum lebih banyak air.


4-mata merah dan tidak bermaya
Minum air bukan hanya sekadar untuk menghilangkan dahaga dan membasah tekak.Namun ianya juga untuk mata yang cantik menawan.Jika kekurangan air , mata anda turut terjejas.Mata akan mengalami perubahan seperti lebam sekeliling mata, mata menjadi merah dan kering terutamnya bagi mereka yang memakai kanta lekap.



5- kelihatan tua dari usia sebenar
Kekurangan air boleh menyebab kan kita kelihatan tua dari usia sebenar.Ini kerana wajah yang kekurangan air nampak kusam dan pucat Kulit yang kering akan menyebabkan kedutan mudah muncul dan menjejaskan penampilan kita.Kulit juga mudah mengelupas apabila di garu terutamnya di bahagian lutut dan  siku .Tumit kaki juga mudah merekah dan pecah.Anda juga jarang buang air kecil dan menyebabkan toksid berkumpul dalam badan.

Air bergula tidak dapat menggantikan tugas air putih yang diperlukan dalam badan kita.Elak kan pengambilan air bergula dan lebihkan air putih untuk hidup yang lebih sihat, cantik dan bertenaga.

Terima kasih.

Monday 3 April 2017

STEM CELL BEAUTY MASK BY YANS: RAHSIA KULIT CANTIK TANPA CELA


Stem Cell...Ramai yang selalu mendengar perkataan ini tapi tak ramai yang tahu kelebihan  dan fungsi Stem Cell yang sebenar.Stem Cell adalah sel yang mencipta sel-sel baru .Sebab itu Stem Cell kerap digunakan dalam perubatan dan rawatan  kecantikan.Sekarang dah ada produk yang berasaskan Stem Cell jadi kita kena manfaat kan perkara ni .Sesiapa pun mesti nak kan kulit yang cantik dan sihat..Bukan?Ramai yang mengalami masalah kulit adalah disebabkan penjagaan yang tidak betul, salah memakai produk dan ada juga disebabkan alahan.Dengan Yans Stem Cell Beauty Mask, apa saja  masalah kulit wajah boleh diatasi.


Stem Cell beauty Mask dari Yans ni adalah produk tempatan yang sedang mendapat tempat di hati pengguna.Dengan gabungan bahan dari tumbuhan semulajadi dan stem cell ianya mampu mencantik dan sekaligus merawat sel-sel kulit pada wajah kita.

KELEBIHAN STEM CELL BEAUTY MASK


- MENCERAHKAN WAJAH.
-MENGHILANGKAN JERAWAT
-MENEGANGKAN KULIT WAJAH DAN KEMBALI AWET MUDA
-MENGHILANGKAN  DAN MEMUDARKAN BINTIK HITAM
-MENCERAHKAN RONA WAJAH YANG TIDAK SEKATA
-MENINGKAT DAN MENGEKAL KAN TAHAP KELEMBAPAN PADA KULIT
-MENGANJAL DAN MELEMBUTKAN KULIT WAJAH

Dengan penggunaan kerap dan teratur kesan penggunaan dapat dilihat dalam masa 2 minggu dan semakin hari wajah akan menjadi lebih cantik berseri.

Testimoni pengguna Stem Cell beauty Mask

Kebanyakan kita di Asia  memiliki kulit yang berminyak.Itu adalah salah satu faktor kenapa jerawat mudah muncul di wajah kita .Bermula dengan jerawat kemudian akan timbul masalah lain seperti parut jerawat , resdung, alahan dan jika silap memilih produk kulit mengalami kekeringan hingga membuatkan wajah kelihatan tua dan berjeragat.



Dengan Stem Cell beauty Mask masalah jerawat dan parut jerawat dapat diatasi dengan segera kerana sel-sel baru dibentuk  semula dan menggantikan sel yang telah rosak..Malah sel-sel baru ini lebih sihat .



Cara Penggunaan Stem Cell Beauty Mask

Dalam satu kotak Stem Cell Beauty Mask ada 3 keping mask disediakan.Ianya digunakan sekurang-kurangnya seminggu sekali.Mask hanya boleh digunakan sekali sahaja..Tapi untuk hari2 seterus nya anda boleh gunakan limpahan stem cell yang terdapat di dalam pek tersebut setiap hari..hanya sapu di wajah dan leher setiap kali sebelum tidur atau bila-bila waktu yang anda suka.kemudian untuk minggu seterusnya pakai mask kedua dan ikuti rutin menyapu stem cell ke wajah ..dan begitu lah seterusnya.

Pastikan wajah sudah dibersihkan dan dikeringkan sebelum memakai mask.Pakai sekurang-kurangnya selama 20 minit..

Lebihan steem cell di dalam pek hendak lah di simpan di dalam peti sejuk.Sebelum menyapu stem cell pada wajah pastikan tangan kering dan bersih.lebih elok jika menggunakan tisu wajah yang bersih.

HARGA STEM CELL BEAUTY MASK.


harga Stem Cell Beauty Mask ini ialah RM50.Didalam nya terdapat 3 keping Mask yang boleh dugunakan .Untuk mendapatkan Stem Cell Beauty Mask ini anda boleh mendapatkan nya melalui contact di bawah:

Facebook: Yans Official

whatsapp / Tel : 013 - 592 8583

Blog: Yans Beauty



Copyright © 2015 Tips Cantik dan Sihat Semulajadi
| Distributed By Gooyaabi Templates