Monday 17 April 2017

HILANGKAN TUMIT PECAH DENGAN 5 BAHAN YANG MUDAH DIDAPATI INI



Ramai dari kita yang mudah mengalami tumit kaki pecah dan merekah.Tumit kaki yang pecah dan merekah sudah tentu menjejaskan penampilan kita.Bayangkan  tumit kaki anda pecah , merekah dan kering, apabila anda tidur kain cadar atau selimut bergesel di kaki anda dan ianya sudah tentu buat anda tidak selesa.

Lotion kulit boleh digunakan untuk menghilangkan tumit pecah dan kering namun bukan semua orang boleh menggunakan lotion kulit kerana ada yang mengalami alahan dan sebagainya.Untuk itu hari ini saya kongsikan 5 bahan yang mudah didapati  yang boleh digunakan untuk menghilangkan tumit pecah dan kering.

Bahan dan petua menghilangkan tumit pecah dan merekah




1- Bawang putih
Bawang putih bahan yang paling mudah didapati.Untuk menghilangkan tumit pecah anda hanya perlu gosok bawang putih pada tumit dan tapak kaki.Bawang putih tersebut perlulah  dibuang kulit dan dibersihkan .Anda juga boleh menghancurkan bawang putih dan dicampurkan dengan 2 sudu minyak zaiton.Kemudian sapu di bahagian tumit sekali sehari.sebelum tidur.Kesan nya boleh anda dapat lihat dalam masa 1 minggu.



2-Cuka
Cuka banyak digunakan dalam masakan.Bahan ini juga mudah didapai dan harganya juga murah.Siapa sangka bahan yang murah ini boleh menghilangkan tumit pecah dan kering ..Cara menggunakan nya,hanya sapu sekali sehari .kemudian biar selama 15 minit dan kemudian bilas hingga bersih.Cuka juga boleh menghilangkan bau kaki anda.



3-Baking Soda
Baking soda adalah bahan yang selalu digunakan dalam pembuatan kek dan biskut.Selain itu baking soda juga digunakan untuk penjagaan alatan rumah serta kecantikan kulit termasuk la menghilangkan tumit pecah dan lebam di bahagian buku lali.Anda hanya perlu mencampurkan 2 sudu besar baking soda ke dalam setengah besen air.Kemudian rendam kaki anda selama 15-20 minit . Kemudian bilas hingga bersih.Baking soda juga bagus untuk menghilangkan kulat dibahagian celah kaki anda.



4-jus lemon
Selain digunakan sebagai penyedap makanan , lemon juga sangat bagus untuk kesihatan kulit.Untuk menghilangkan tumit pecah dan merekah , anda hanya perlu mencampurkan perahan lemon dari sebiji lemon dengan 1 sudu baking soda.Kacau hingga sebati kemudian sapu di bahagian tapak kaki.Tunggu 15-20 minit kemudian bilas hingga bersih.Masker kaki ini boleh anda gunakan 3-4 kali seminggu.



5-minyak jarak
Minyak jarak atau lebih dikenali sebagai minyak castor telah digunakan sejak dari dulu lagi sebagai salah satu bahan untuk merawat kulit.Untuk menghilangkan tumit pecah hanya sapu minyak jarak di tapak kaki.Lebih kerap anda sapu lebih cepat kesan nya.Minyak jarak juga digunakan sejak dahulu untuk melembabkan bibir, melebat kan rambut dan juga menebalkan kening.

Untuk anda yang susah mendapatkan lotion kulit yang sesuai  boleh la mencuba perawatan seperti diatas .Bukan saja menjimatkan malah ianya selamat digunakan..

Terima kasih



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 Tips Cantik dan Sihat Semulajadi
| Distributed By Gooyaabi Templates