Monday 10 April 2017

TINGGALKAN 5 PERKARA INI UNTUK KULIT CANTIK SEPERTI BAYI



Mempunyai kulit seperti bayi adalah impian ramai wanita.Kulit yang halus, lembut dan gebu bukan sahaja membuatkan diri lebih yakin malah ianya juga petanda kita mengamalkan gaya hidup yang sihat dan penjagaan kulit yang betul.Namun apabila usia semakin meningkat kulit menjadi kusam akibat  gaya hidup seharian.Tahukah anda bahawa anda boleh dapat dan kekalkan  kulit cantik dan sihat seperti bayi jika anda menghindari 5 tabiat ini dalam kehidupan seharian.

1-Tidur yang tidak cukup
Tidur adalah rehat yang paling baik.Ianya bukan sahaja memberi tenaga tapi juga memberi kesegaran pada kulit wajah anda.Wajah yang kusam , kulit kering, mata merah dan lebam adalah petanda anda kurang tidur.Bukan saja penampilan anda terjejas malah aktiviti seharian juga pasti membataskan anda untuk melakukan yang terbaik.Tidur lah dengan cukup adalah antara 7-8 jam sehari.



2-Tidur dengan solekan
Tidur dengan solekan akan membuatkan kulit anda kering, berjerawat  dan jeragat.Sebaiknya cuci muka setiap kali anda pulang ke rumah.Tidur dengan wajah yang bersih bukan saja membuatkan kulit bernafas dengan baik tapi ianya juga akan menjadikan anda lebih menjaga kebersihan diri.


3-Minum minuman ringan dan beralkohol
Kebanyakan minuman ringan mempunyai kandungan gula yang tinggi . Kandungan gula yang tinggi bukan saja menyebabkan penyakit merbahaya malah ianya akan menbuatkan kulit wajah anda kelihatan lebih tua.Banyak kan mengambil minuman dengan kandungan gula semula jadi seperti jus atau lebih baik minum air putih sahaja.



4-Merokok
Ramai sedia maklum akan keburukan merokok.Tabiat merokok akan menyebabkan kerosakan organ dalaman kita malah ianya akan menjejaskan kelembapan dan sel pada kulit kita.Dalam satu kajian ada mengatakan 2 batang rokok sehari boleh memendek kan 30 minit dari usia kita .


5-Kurang mengambil makanan berzat
Gaya hidup kebanyakan dari kita sekarang membuatkan semuanya perlu dilakukan dengan pantas.Untuk memudahkan lagi urusan seharian kadang kala kita mengabaikan pengambilan makanan yang berzat.Makanan ringan dan makanan segera adalah pilihan yang mudah dan cepat namun ianya adalah pilihan yang salah yang boleh menjejaskan kesihatan dan juga kulit kita.Kebanyakan makanan ringan akan menyebabkan kulit berminyak, berjerawat dan bagi sesetengah orang akan menyebabkan alahan .

Terima kasih

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 Tips Cantik dan Sihat Semulajadi
| Distributed By Gooyaabi Templates