Featured

Wednesday 31 May 2017

TIPS DAN CARA PALING MUDAH MENGILANGKAN BAU BADAN DENGAN CEPAT

Hi Ladies...



TIPS DAN CARA PALING MUDAH MENGILANGKAN BAU BADAN DENGAN CEPAT Mempunyai bau badan memang membuatkan hati risau dan sukar untuk kita berada di dalam kelompok rakan-rakan serta orang ramai.Perasaan rendah diri dan tidak yakin akan sentiasa membelenggu diri kita.Walaupun beberapa cara sudah di cuba namun bau badan hilang hanya sementara.Bau nya kembali menyengat jika badan mula berpeluh dan ini pasti membuatkan kita berasa malas untuk beraktiviti dan bergaul dengan rakan-rakan lain.

Bayangkan ketika anda dan rakan-rakan berada didalam sebuah bilik , berkongsi cerita dan bergelak ketawa tiba-tiba anda menyedari yang rakan-rakan anda mula menjarak kan diri dari anda.Oh!!!pasti anda mula curiga bukan?Tak salah jika anda berkongsi masalah anda dengan kawan-kawan.Luahkan kerisauan anda tentang bau badan yang anda alami.Kebiasaan nya rakan-rakan akan berkongsi tips dan sentiasa memberi bantuan pada anda.Mereka akan memantau anda dari masa ke semasa.Dan ini akan membuatkan anda lebih bersemangat untuk mengatasi masalah anda yang satu ini.



Anda boleh mencuba Kesemua tips di bawah untuk menghilangkan bau badan.

- Kurangkan makanan yang berempah
- menggosok ketiak dengan kedua-dua kepala lutut anda
- mencuci ketiak dengan limau nipis
- menggunakan bedak khas untuk ketiak
- memakai deodorant
- menukar sabun mandian kepada sabun yang mengandungi antiseptik
- Mandi apa bila anda menyedari ketiak anda mula berbau
- Jauhkan minuman beralkohol
- Tinggalkan tabiat merokok
- Ketika haid kerap tukar tuala wanita dan mandi
- Mulakan diet kerana diabetis juga punca bau badan
- pilih pakaian yang lebih menyerap peluh.
- apabila berpeluh gunakan wipe tisu untuk mengeringkan bahagian ketiak.
- ambil kolagen setiap hati
- Kawal berat badan anda

Selain tips-tips diatas anda juga boleh mnedapatkan khidmat nasihat dari pakar farmasi.Dapatkan nasihat mereka ketika anda mendapatkan produk yang sesuai untuk menghilangkan bau badan.Anda tidak perlu malu untuk menyelesaikan masalah anda.Selalu lah memeriksa bau badan anda sendiri.Jangan biarkan orang lain yang mengesan nya terlebih dahulu.



Terdapat juga banyak petua-petua lama yang berguna khas untuk menghilangkan bau badan.Anda tidak perlu takut untuk mencuba.Pilih la kaedah mana yang sesuai dan mudah untuk anda.Jangan terlalu stress dan jangan cepat mengalah.Tidak ada masalah tanpa penyelesaian kecuali kita tidak mencuba..

Terima kasih

Thursday 25 May 2017

KANSER PAYUDARA - PEMBUNUH KEDUA DIKALANGAN WANITA



Kanser payudara adalah sejenis barah dimana berlakunya pembentukan sel kanser yang berbahaya di dalam tisu payudara.Sel yang telah terjejas boleh menyerang tisu disekitarnya namun dengan pemeriksaan dan rawatan awal kehidupan dapat dijalani seperti biasa.

Kanser payudara merupakan kanser yang paling sering didiagnos dan juga kanser pembunuh kedua dikalangan wanita.  Di seluruh dunia, kanser payudara  merupakan penyakit barah paling meluas di kalangan wanita.



Kanser payudara  menyerang sekitar 10% semua wanita pada semua peringkat umur di dunia Barat. Walaupun usaha meluas dijalankan bagi pengesanan awal dan rawatan berkesan, sekitar 20% wanita dengan barah payudara akan meninggal disebabkan penyakit tersebut, dan ia merupakan bentuk barah kedua yang mengakibatkan kematian tertinggi bagi wanita.

Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia pula menunjukkan kira-kira 94% kes yang dirawat di hospital kerajaan sudah ditahap paling kritikal dan sukar dipulihkan dan kemungkinannya membawa maut.

Walaupun kita bukan antara wanita yang mengidap penyakit ini namun seharusnya kita bersama-sama menyokong dan memberi semangat kepada wanita -wanita lain.

 Terima Kasih..


Monday 22 May 2017

7 TANDA AWAL KANSER YANG SERING DIABAIKAN OLEH RAMAI ORANG

picture: healthliving.today

Tubuh badan setiap manusia sangat istimewa.Tahu kah anda bahawa tubuh badan kita dicipta dengan mampu mengesan signal atau tanda -tanda awal setiap perubahan dalam tubuh badan kita seperti masalah kesihatan.Malangnya, ramai di antara kita terlepas pandang tanda-tanda itu.Kami akan kongsikan beberapa tanda awal kanser yang dikesan oleh tubuh badan kita namun ramai dari kita yang tidak mengendahkan tanda-tanda ini.Ianya bukan lah satu kepastian yang anda mengidap kanser cuma setiap apa perubahan pada tubuh badan anda perlu lah dirujuk pada pakar kesihatan anda.Semoga dengan perkongsian ini anda akan lebih mengambil serius pada perubahan yang berlaku di tubuh anda.
Sumber:brightside

1-Neoplasms
Neoplasms adalah tanda-tanda pada kulit yang berkaitan dengan  kanser payudara. Gejala-gejala lain termasuk:
-Benjolan keras dalam payudara  atau ketiak.
-Kerengsaan atau ruam yang tidak diketahui puncanya.(tiada kaitan dengan  makanan atau alahan kosmetik.)
-Kemunculan ulser pada bahagian yang terdapat neoplasms
-Pertumbuhan tanda lahir atau perubahan bentuk tahi lalat .

picture: dietainformaebenessere.com


2-Batuk 
Batuk yang berlarutan  adalah salah satu daripada tanda-tanda penyakit barah paru-paru yang mungkin berkaitan dengan tanda-tanda lain seperti:
-Pengurangan selera makan.
-Berat badan turun mendadak.
-Pada peringkat akhir, kanser paru-paru boleh menyebabkan batuk berdarah dan sesak nafas.

3-Ruam kulit/gatal pada kulit
Dalam kebanyakan kes, ruam kulit tidak dikaitkan dengan tumor, tetapi pengalaman klinikal menunjukkan ianya mempunyai hubung kait .Antara ruam kulit yang berkaitan:- 
-neoplasma rahim yang menyebabkan gatal-gatal pada kemaluan.
-kanser otak boleh membuatkan  gatal-gatal di hidung.

4-Perubahan fungsi usus
Tanda-tanda awal barah usus yang sering berlaku :-
-Darah dalam najis.
-terjadinya Mukus atau nanah
-membuang air besar secara spontan.

5-kesakitan apabila membuang air kencing
Ini boleh menjadi tanda-tanda awal kanser buah pinggang yang juga dikaitkan dengan beberapa gejala-gejala lain:
-Keluar  darah ketika membuang air kecil.
-Mengalami tekanandarah tinggi.
-Sakit di bahagian buah pinggang.
-badan berasa lemah yang melampau.

picture: abcnews.go


6-Berat badan turun
Penurunan berat badan tidak ddiketahu puncanya  mungkin berlaku apabila anda mempunyai kanser perut. Pada peringkat awal, aktiviti klinikal tidak begitu jelas. Walau bagaimanapun, tanda-tanda yang berikut jelas dapat dirasai:
-Hilang selera pada   daging.
-Rasa cukup kenyang (perasaan telah dimakan terlalu banyak tetapi sebenarnya anda hanya maan sedikit sahaja).
-Anemia.
-Kesukaran pergerakan makanan melalui usus.

7-sakit pada tekak
kesakitan berpanjangan pada tekak boleh menjadi tanda-tanda kanser .Ianya berkaitan dengan   pangkal tekak yang juga dikaitkan dengan yang berikut:
-Kesukaran bernafas dan menelan.
-Terasa seperti ada ketulan di tekak.
-Suara serak hingga hilang suara
-Batuk berdarah, nafas berbau.


Pemerhatian ini  tidak boleh digunakan untuk mendiagnosis diri sendiri dan mungkin juga ianya berkaitan dengan penyakit lain . Walau bagaimanapun, jika anda menyedari perubahan pada diri anda seprti yang dinyatakan diatas jangan sesekali mengabaikan nya . Dapatkan nasihat dari doktor anda.

Terima kasih

Saturday 20 May 2017

4 PUNCA MENGAPA WAJAH BERMINYAK SETIAP KALI BANGUN TIDUR




Masalah kulit berminyak sering dialami sejak dari remaja hinggalah mencecah usia 40 tahun.Di usia begini masalah kulit berminyak memberi kesan buruk pada kulit.Salah satunya ialah jerawat . Lapisan kulit perlu menghasilkan minyak kerana minyak ini akan melindungi kulit kita.Namun ianya menjadi perosak jika berlebihan dan membuatkan kita hilang keyakinan diri terutamanya ketika baru bangun tidur.

Punca kulit Wajah berminyak selepas bangun tidur


-Skincare yang tidak sesuai dengan kulit

Skincare yang tidak sesuai dengan kulit adalah punca dan penyebab utama mengapa wajah kita akan berminyak setiap kali selepas bangun dari tidur.Anda mungkin tidak menyedari perkara ini berlaku ketika berkerja atau semasa anda tidak tidur kerana di waktu ini kita kerap membersihkan wajah contohnya ketika berwuduk. Pastikan anda menukar skincare yang anda gunakan setiap hari untuk mengurangkan minyak di wajah.

Salah satu penyumbang besar kepada kulit berminyak ialah penggunaan pelembab.Bagi mereka yang tidak mengalami masalah kulit kering , elak kan menggunakan pelembab kerana minyak yang terkandung didalam lapisan kulit adalah pelembab yang terbaik.Jika anda menggunakan pelembab itu lah punca pengeluaran minyak dilapisan kulit menjadi berlebihan.

-Masalah Hormon

Kulit menghasilkan minyak berlebihan apabila hormon dalam tubuh berubah.Ketika haid atau datang bulan itu lah masanya hormon wanita berubah.Kebiasaan nya masalah ini tidak berlarutan lama .Ianya sesuatu yang tidak perlu anda risaukan.Anda hany perlu banyak kan berehat, elak kan stress dan menjaga pemakanan anda.





- Malas mencuci muka sebelum tidur.

Berapa ramai wanita yang tidak mencuci muka sebelum tidur?Tahu kah anda ketika kita tidur pori-pori di wajah kita sedang berehat akibat keletihan dengan aktiviti-aktiviti di siang hari yang menyebabkan kulit kita kotor, berminyak, dan sebagainya.Kerana itu kita perlu mencuci muka sebelum kita tidur.Jika tidak segala kotoran yang berkumpul diwajah kita akan  merosak kan kulit wajah dan menyebab kan kulit menghasilkan minyak berlebihan dan kemudian menjadi penyebab jerawat.

-Tidak menjaga pemakanan

Menjaga pemakanan sangat penting bukan saja untuk kesiahatan tubuh badan tapi juga untuk kulit yang sihat..Elak kan terlalu kerap mengambil makanan yang diproses kerana makanan seperti ini juga membuatkan kulit berminyak.Lebihkan makan sayur dan buah-buahan terutamanya di waktu malam.

Steam Cell Beauty Mask untuk hilangkan minyak berlebihan di wajah


Untuk mengelak kan pengeluaran minyak berlebihan ketika anda tidur, anda boleh menggunakan Steam cell beauty mask sebelum tidur.Steam Cell Beauty Mask berfungsi memelihara kulit anda dan memperbaiki setiap kerosakan pada sel  kulit wajah.Anda juga akan berasa lebih segar dan cantik selepas bangun dari tidur.

Terima Kasih

Thursday 18 May 2017

TIPS KEKAL CERGAS , BERTENAGA DAN LANGSING DIBULAN PUASA



Tidak lama lagi kita bakal menghampiri ke bulan Ramadhan.Bulan dimana semua umat islam wajib berpuasa menahan diri dari lapar dan dahaga.Adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi bulan mulia ini supaya kekal cergas dan sihat ?

Bagi wanita bekerjaya pasti rutin harian anda penuh dengan kesibukan dan jadual yang padat.Namun sudah pasti and tidak mahu bulan puasa menjadi penghalang untuk anda bergerak aktif demi menyelesaikan tugasan anda.



Untuk mengekalkan kecergasan dibulan puasa anda harus memastikan dimalam hari anda minum air putih dengan banyak.Jangan sesekali mengamalkan minuman berais kerana ianya akan membuatkan badan anda lemah disiang hari.Ini kerana apa bila anda minum ais , anda hanya minum sedikit sahaja kerana rasa sejuk pada ais membuatkan anda rasa puas sedangkan air yang masuk kedalam badan anda sebenarnya tidak mencukupi.

Tidak kira sama ada waktu bersahur atau berbuka ,anda perlu minum air putih dengan banyak.

Bersahur sangat penting bagi mereka yang mahu berpuasa.Amalan bersahur akan memberi tenaga untuk anda disiang hari.Jadikan minum susu sebagai amalan wajib ketika bersahur.Pastikan juga anda mengambil makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan , sayuran dan bijiran.



Tidak menjadi masalah jika anda tidak mahu makan nasi cuma anda perlu pastikan anda cukup kenyang dan makanan yang diambil mampu memberi tenaga untuk anda sepanjang hari.Antara makanan yang anda boleh ambil ketika bersahur ialah buah pisang ,oatmeal,Yoghurt , jagung,kurma dan kentang.

Ketika berbuka puasa anda tidak perlu makan sehingga terlalu kenyang.Ini kerana selepas makan anda akan berasa mengantuk dan anda sudah tentu akan terlepas beberapa perkara yang baik dilakukan di bulan Ramadahan.Makan sedikit tetapi kerap.Contohnya ketika berbuka anda makan nasi dan kurma , kemudian selepas solat maghrib anda makan sedikit kuih dan selepas Terawih atau sebelum tidur anda makan buah.Ini bagi memastikan tubuh badan anda sentiasa kenyang supaya anda tidak mengambil makanan berat pada lewat malam.

Terima Kasih


Tuesday 16 May 2017

6 MANFAAT MINYAK KELAPA PADA RAMBUT DAN KULIT KEPALA





Selain bersyampoo tahu kah anda bahawa ada berbagai cara lain  lagi untuk mendapatkan rambut yang cantik, kuat , bersinar dan lebat.kebanyakan dari kita kerap mengalami masalah berkaitan rambut seperti kelamumur dan  rambut gugur .Namun ada beberapa masalah lain yang sering dialami wanita seperti rambut bercabang, rambut berbuah dan kulit kepala di tumbuhi jerawat.

Masalah-masalah yang dihadapi berkaitan rambut dan kulit kepala menunjuk kan yang rambut dan kulit kepala anda tidak sihat.Apa yang anda perlukan untuk mengatasi masalah kulit kepala dan rambut ini adalah  Minyak kelapa. Bagaimana bahan yang biasa kita gunakan ini boleh membantu merawat kulit kepala anda?Kami di Tips Cantik dan Sihat akan berkongsi beberapa  manfaat minyak kelapa untuk rambut dan kulit kepala anda.

6 manfaat minyak kelapa untuk rambut dan kulit kepala


1-Rambut lebih hitam dan berkilau

Tidak dinafikan dengan menyapu minyak kelapa pada rambut akan membuatkan rambut anda lebih berkilau dan lebih hitam.Bagi kaum india sejak bayi lagi anak-anak kecil akan disapukan minyak kelapa d kepala mereka supaya rambut mereka lebih hitam dan berkilat.

2-Rambut tidak mudah rosak

Minyak kepala juga mampu melindungi kulit kepala dan sel rambut anda.Ia meresap lebih cepat ke dalam sel rambut dan kulit kepala . Rambut yang terdedah dengan matahari akan menyebabkan ianya mudah kering dan bercabang.Sebelum anda melakukan aktiviti luar , sapu kan sedikit minya kelapa dara pada rambut anda.Anda munkin tidak selesa dengan bau minyak kelapa.Namun di masa sekarang sudah banyak produk minyak kelapa dara di pasaran yang sesuai dipakai untuk aktiviti luar.

3-Melancarkan peredaran darah

Kulit kepala yang tidak sihat akan menyebabkan jerawat dan kelemumur yang teruk.ianya membuatkan anda berasa tidak selesa akibat kegatalan.Namun asid laurat di dalam minyak kelapa  sangat berkhasiat dalam memperlancar peredaran darah dan udara pada kulit kepala sekaligus mengelak kan kepala anda dari berkelamumur.


4-Melembabkan rambut 

Dengan menyapu minyak kelapa setiap hari sebelum tidur akan membuatkan rambut anda kekal lembab sepanjang hari.Sebelum anda tidur sapu kan minyak kelapa pada rambut dan kulit kepala.Bersihkan pada keesokan nya ketika anda mandi kemudian kering kan.Anda akan merasai rambut anda lebih lembab berbanding sebelum nya.lakukan setiap 3 hari sekali dan anda akan mendapati perubahan yang ketara pada rambut anda.

5-Rambut lebih lembut dan halus

kaya dengan khasiat dari sumber vitamin A, C, dan E yang terbukti mempunyai khasiat  untuk kesihatan dalaman dan luaran, seperti meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah daripada kerosakan sel rambut di samping mengekalkan kehalusan .

6-menghilangkan kelamumur

Kelemumur yang menempel di kulit kepala akan menyukarkan nya untuk di bersihkan namun dengan menggunakan minyak kelapa kelemumur yang menempel lebih mudah di dibuang.Sapukan Minyak kelapa di serata kulit kepala dan biarkan selama 20 minit.Kemudian bersihkan rambut melalukan air pada kepala sambil menggunakan sikat, Kelemumur lebih mudah di bersihkan dengan cara ini.Kandungan asid laurid di dalm minyak  kelapa juga membuatkan kulit kepala bebas kelamumur.


TERIMA KASIH

Saturday 13 May 2017

RAHSIA PAYUDARA CANTIK, ANJAL DAN SEKSI - BOOBS UP BY SARI





Bentuk payudara yang tidak menarik dan tidak seksi bukan lah penamat bagi seorang wanita.Dengan teknologi kecantikan dan berbagai kajian yang sudah diabuat banyak penemuan yang membolehkan payudara yang tidak menarik berubah menjadi cantik, anjal dan menarik . Namun anda harus memilih produk dan cara yang bersesuaian dengan tubuh anda.

Kami akan kongsikan rahsia payudara cantik, anjal dan seksi  untuk anda yang sedang mencari produk yang paling berkesan dan selamat . Boobs Up  By Sari adalah produk yang mampu memberi kesan seawal 3 hari .Dengan penggunaan yang konsisten anda akan mendapati payudara anda , anjal dan cantik .Ia juga mencerahkan puting payudara anda,

Kandungan Dan Kelebihan Boobs Up By Sari


Boobs Up By Sari adalah sabun membersihkan payudara .Tapi kandungan Minyak Pati Aromatherapy didalam sabun tersebut juga bertindak sebagai agent untuk memulih dan mencantik kan struktur payudara anda   menjadi tegang dan  pejal .Kelebihan Boobs Up By Sari :-

Membesarkan payudara yang kecil dan bermasalah.
Menegangkan payudara yang kendur dan Jatuh.
Mencerahkan puting payudara.
Memejalkan struktur otot payudara yang longgar.
Mencantikkan stuktur payudara secara semulajadi, selamat dan berkesan.

Cara Penggunaan Boops Up By Sari


Untuk mendapatkan hasil yang lebih cepat anda perlu menggunakan sabun Boobs Up By Sari setiap hari ketika mandi.Apa yang perlu anda lakukan ilaah , basah kan sabun dan hasil kan buih.Kemudian sapu dan lakukan sedikit urutan di sekitar payudara dan biarkan selama 1-2 minit.Kemudian bilas hingga bersih.

Testimoni Pengguna Boobs Up By Sari







Untuk tempahan boleh hubungi:
 whatsapp: 013 2807775

Terima kasih.

Thursday 11 May 2017

TIP MUDAH UNTUK NAMPAK CANTIK SEMULAJADI TANPA SOLEKAN




Cantik...Wanita mana yang tak mahu kelihatan cantik dan menawan.Jika anda wanita yang suka bersolek mungkin mudah untuk buat wajah anda kelihatan cantik. Namun  solekan hanya digunakan untuk waktu dan masa tertentu sahaja.Tidak lah setiap hari dan setiap masa memerlukan wanita  untuk bersolek.Kecantikan semula jadi lebih diidamkan oleh setiap wanita.Mungkin memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan kulit yang cantik semulajadi.Ianya bergantung pada usaha dan disiplin diri anda.

Kami akan kongsikan beberapa tips mudah untuk merialisasikan impian anda mendapatkan kulit yang cantik seperti semula jadi dalam masa singkat tanpa menggunakan bahan solekan.


1- Minum air putih yang cukup setiap hari.Apabila kulit kita kekurangan air ianya menyebab kan kulit menjadi kering, berjerawat, kusam , berjeragat ,berkedut dan masalah berat badan. Minum 1 liter air untuk 25kg berat badan anda..Anda akan merasai perbezaan kulit anda seawal beberapa hari .Kulit akan menjadi lebih cerah, lembab dan anda akan lebih bertenaga.


2- Tidur awal dan bangun awal.Rehat yang baik ialah tidur.untuk seorang dewasa tidur yang cukup ialah selama 6-8 jam.Jika anda tidur melebihi dari tempoh itu badan dan otak anda akan berasa letih .Tidur lewat pulak akan menyebab kan anda  tidak cukup tidur apa lagi jika anda perlu bangun awal untuk ke tempat kerja.Tidur yang tidak cukup pasti akan menjejaskan prestasi kerja anda.


3- Bersenam setiap hari .Anda tidak perlu ke gym atau berlari hingga 2 km setiap hari.Cukup anda lakukan senaman ringkas di bilik tidur anda.Lakukan sedikit regangan atau anda boleh lakukan 20x climbers untuk mengeluarkan peluh.Cara paling mudah untuk memulakan hari anda dengan rasa lebih segar. Anda juga tentu tidak mahu rakan sekerja melihat wajah anda yang kelihatan mengantuk dan tidak bermaya..bukan?

4-Berfikiran positif dan sebarkan semangat itu pada rakan yang lain . Setiap orang suka berkawan dengan orang yang positif, menyokong dan suka memberi bantuan. Walaupun tidak mempunyai wajah yang cantik namun sikap yang positif akan membuatkan anda disenagi orang lain dan itulah yang sebenarnya membuatkan anda kelihatan cantik dan menarik di mata rakan-rakan anda.


5- Pilih untuk bahagia - Elak kan anda berada di dalam kehidupan yang stress dan menyukarkan anda.Anda mempunyai pilihan untuk keluar dari zon tersebut atau terus di situ.Sebelum anda berfikir tentang orang lain, anda perlu utamakan diri anda sendiri. Ketahui apa yang membuatkan anda lebih bahagia.Tidak menjadi kesalahan jika anda lebih memilih untuk bercuti bersama keluarga daripada membantu rakan anda yang mengalami masalah dengan kekasihnya.

Kecantikan bukan sahaja di gambarkan dari wajah dan fizikal namun ianya juga di zahirkan dari perbuatan dan sikap kita.cantik dalaman kita maka akan cantik juga lah luaran nya.

Terima Kasih

Tuesday 9 May 2017

MASKER PISANG BUAT PAYUDARA LEBIH CANTIK DAN ANJAL



Memiliki payudara yang cantik dan anjal memang diimpikan ramai wanita.Payudara yang kendur dan tidak anjal membuatkan ada wanita yang berasa rendah diri dan tidak mempunyai keyakinan untuk bersosial atau bergaul dengan orang lain.Ada banyak faktor mengapa payudara tidak anjal anatranya melahirkan anak, masalah berat badan dan penambahan usia .

Payudara yang cantik pasti akan membuatkan penampilan lebih menyerlah dan tidak dinafikan ianya juga mengubah postur badan kita.malah mengikut kajian mereka yang mempunyai payudara yang cantik sangat di sukai oleh suami.Namun jangan risau jika anda tergolong dalam mereka yang tidak mempunyai payudara yang anjal kerana dengan masker pisang anda mampu memiliki payudara yang cantik seperti wanita lain.


Masker pisang untuk menganjalkan payudara


Bahan-bahan untuk membuat masker pisang.

2 biji pisang
1 sudu kecil madu
1 sudu kecil garam



cara membuat masker pisang

-Buang kulit pisang kemudian lenyek hingga halus
-Kemudian campurkan garam dan madu.
-sapu kan pada payudara - Elak kan terkena puting
-Biarkan hingga kering 20-30 minit
-Kemudian bilas dengan air suam sambil diurut perlahan-lahan

Rawatan ini perlu anda lakukan 3-4 kali seminggu sehingga anda mendapatkan payudara yang anda idamkan.Anda juga digalak kan melakukan senaman untuk mencantkkan lagi payudara anda.



Mungkin ada yang tidak mempunyai masa untuk bersenam atau membuat masker.Anda boleh juga mendapatkan Boobs Up By Sari iaitu produk membesar dan menganjalkan payudara .Produk ini mampu membesarkan payudara , menegangkan, mencerahkan puting dan mencantik kan lagi payudara anda.Ianya selamat dan sangat berkesan.Untuk mendapatkan produk ini anda boleh menghubungi :

whatsapp: 013 2807775
IG: @yansdbeauteofficialls
Fb: Yan Dbeaute


Saturday 6 May 2017

BUAH-BUAHAN INI TIDAK BOLEH DIMAKAN OLEH PENGIDAP DIABETES



Kebanyakan dari kita yang mengamalkan diet dan pengambilan makanan seimbang pasti akan menjadi kan buah-buahan sebagai menu wajib setiap hari.Ini kerana dikatakan kandungan vitamin c yang tinggi yang terdapat di dalam buah.Namun bagi anda yang mempunyai penyakit diabetes atau sejarah keluarga yang mempunyai penyakit kencing manis dan  darah tinggi tidak semua buah-buahan boleh anda ambil dalam menu harian anda setiap hari disebabkan kandungan gula di dalam buah tersebut yang tinggi dan boleh memburuk kan lagi kesihatan anda.



Bagi anda yang mengidap diabetes pasti anda sering tertanya-tanya ..

Boleh kan pengidap diabetes makan pisang, durian...?

Boleh kah pengidap diabetis makan buah-buahan?

Buah-buahan apa yang boleh dimakan oleh pengidap diabetis?

Buah-buahan apa yang pengidap diabetis tidak boleh makan?


Berikut adalah senarai antara beberapa buah-buahan yang patut anda elak kan jika anda adalah pengidap diabetes.

1- Durian - Bagi pengidap diabetes anda boleh makan durian namun jangan berlebihan kerana kandungan gula nya yang tinggi.Didalam durian juga terdapat karbohidart,  lemak dan kandungan kalori yang tinggi membuatkan anda harus berhati-hati makan durian.Cukup 1-2 ulas durian sahaja.

2- Pisang - Pisang adalah buah yang paling di gemari oleh pengamal diet.Namun apa yang anda harus tahu kandungan gula di dalam pisang sangat tingi tambahan lagi untuk pisang yang sudah cukup masak ranum.Walaupun didalam pisang terdapat serat, kalium dan vitamin c namun kandungan gulanya juga tidak kurang hebat boleh membuatkan kadar gula dalam badan anda naik.

3- Anggur- Anggur hitam , anggur hijau atau pun anggur merah  ..ketiga-tiganya mengandungi gula yang tinggi.Untuk semangkuk kecil anggur ianya mendungi 15gram  gula.Anggur mengandungi antioksida namun had kan pengambilan nya dengan nasihat dari doktor anda.

4- Laici - Buah yang satu ini kerap dijadikan desert dan minuman kerana rasanya yang manis semulajadi .Ini kerana buah ini juga mengandungi gula yang tinggi dan tidak sesuai untuk anda yang mengidap diabetes.Rambutan juga sama dengan Laici, mempunyai gula yang tinggi dan bagi pengidap diabetes dan darah tinggi , anda harus menghad kan pengambilan Laici dan rambutan.

5- Mangga - Buah kegemaran ramai ini bukan saja di makan apabila sudah masak malah buahnya yang muda juga tetap menjadi kegemaran ramai.Tapi tahukah anda bahawa buah mangga yang masak ranum mempunyai gula yang tinggi ..Untuk semangkuk mangga yang sudah di potong ianya mengandungi 23 gram gula.Disebabkan di dalam mangga terdapat serat, Vitamin A dan C anda boleh memilih mangga yang muda sahaja.


Buah-buahan yang Boleh dimakan oleh pesakit diabetes

Usah risau jika anda rasa banyak buah-buahan kegemaran anda yang anda tidak boleh makan kerana masih banyak lagi buah-buahan lain yang bagus untuk anda.Contohnya seperti Avocado , blueberry , aprikot, oren ,peaches dan strawberry.Anda juga boleh makan epal hijau .Buah-buahan ini bukan saja bagus untuk kesihatan malah untuk kecantikan .

Sebelum mengambil apa-apa makan rujuk pakar kesihatan anda.Tidak semua bahan semualajadi baik untuk badan kita.Ianya bergantung pada tahap kesihatan kita

Terima kasih

Friday 5 May 2017

INI PENYEBAB KENAPA PUTING PAYUDARA KERAP TERASA GATAL



Bagi seorang wanita mesti pernah melalui keadaan di mana  puting payudara terasa gatal sehingga tidak tertahan  dan ingin menggaru .Tapi sudah tentu ianya kurang manis jika dilihat orang.Anda terus bergegas ke tandas atau tempat yang tersembunyi.Tapi jangan terlalu asyik menggaru hingga berlaku iritasi pad kulit payudara anda.

Ada beberapa sebab kenapa puting payudara berasa gatal .


1- Eczema -  kulit kering pada puting payudara jika tidak dirawat akan membuatkan sekitar puting menjadi kering, bersisik , merah dan lebih serius akan berlaku pendarahan. Eczema biasanya disebabkan oleh virus staphylococcus aureus.keadaan ini biasanya berlaku untuk jangka masa yang panjang.Pastikan anda tidak menggunakan ubat-ubatan yang dilarang doktor anda.




2- Menyusu kan bayi -  kebanyakan ibu -ibu yang menyusukan bayi akan merasa gatal bahagian puting payudara.Mamun jika ianya terlalu serius seperti kegatalan yang berpanjangan , bengkak dan panas ianya kerana berlaku jangkitan pada liang susu yang tersumbat.Anda perlu kerap mencuci puting payudara terutama ketika mandi  kerana susu yang tersumbat boleh menyebabkan mastitis.Dapatkan segera rawatan jika ini terjadi pada anda.

3- Bahan kimia  - ketika anda mandi ,sabun atau syampoo yang mengalir pada tubuh anda tidak di bersihkan dengan sempurna.Ianya menyebabkan bahan-bahan di dalam pencuci tersebut menempel di puting payudara anda dan menyebabkan puting payudara berasa gatal.Pastikan ketika mandi anda memberishkan badan anda dengan air yang banyak terutamanya dibahagian payudara .


4- Kanser payudara - gatal pada payudara mungkin juga penyebab kanser Paget's disease iaitu kanser payudara yang jarang-jarang berlaku.Selain gatal puting juga menjadi rata, benjola pada payudara, keluaran cairan dan perubahan warna pada payudara anda.Dapatkan rawatan dan nasihat dari doktor anda.


Terima kasih.

Wednesday 3 May 2017

HILANGKAN PERUT BUNCIT DALAM MASA SEMINGGU



Gaya hidup rakyat Malaysia sedikit sebanyak mempengaruhi corak pemakanan kebanyakan dari kita. Keluar awal pagi dan bekerja hingga lewat malam membuatkan corak pemakanan yang tidak teratur dan ada yang makan apa saja yang boleh membuatkan perut kenyang tanpa mempedulikan khasiat dan nutrisi dalam makanan tersebut.Habis kerja hingga lewat malam baru lah sempat makan nasi dan makanan berat yang lain.Ini menyebabkan kebanyakan dari kita mempunyai masalah perut buncit.Ditambah pulak dengan waktu yang singkat dan badan yang terlalu letih sudah tentu kita tidak mempunyai masa untuk melakukan senaman .

Hilangkan Perut Buncit dalam masa seminggu


Bagi  anda yang ingin menghilangkan masalah perut buncit  dalam masa seminggu mungkin tips di bawah sesuai untuk anda, .Ianya tidak lah memerlukan kos yang tinggi. Berikut adalah  cara mudah menghilangkan perut buncit dalam masa seminggu yang boleh anda lakukan sendiri di rumah.


salery+timun+nenas+Daun ketumbar

segenggam daun ketumbar
3 potong nanas
1 biji timun saiz sederhana
2 batang saderi
1 gelas air bertapis

Bersihkan bahan-bahan diatas  dan potong  .Kemudian kisar dengan secawan air bertapis.Minum setiap hari. Untuk segelas jus  ianya perlu dihabiskan dalam masa 15 minit.Ini kerana  khasiat yang terkandung didalam juice ini akan hilang selepas 15 minit. Minum setiap pagi selama seminggu .

Bagi mendapatkan kesan yang lebih cepat , sebelum minum juice ini anda boleh lakukan sedikit senaman ringkas di bahagian perut lengan dan pinggul.Jangan lupa untuk mengubah tabiat makan anda dan mulakan cara hidup yang lebih sihat dan teratur.

Terima Kasih


Copyright © 2015 Tips Cantik dan Sihat Semulajadi
| Distributed By Gooyaabi Templates