Wednesday 19 April 2017

8 PERUBAHAN PADA PAYUDARA YANG MENUNJUK KAN TANDA-TANDA KANSER PAYUDARA





Kanser Payudara adalah penyakit yang paling digeruni oleh ramai wanita.namun mengesan tanda awal kanser payudara dapat menyelamatkan anda.Ada beberapa perubahan berlaku pada payudara anda yang anda boleh kesan sendiri sebagai pemeriksaan awal yang anda boleh lakukan sendiri di rumah.Dipetik dari faktakanker berikut adalah 8 perubahan yang berlaku pada payudara anda apabila anda menghidapi kanser payudara.

- Benjolan pada payudara

Benjolan pada payudara adalah petanda paling awal yang anda akan rasai apabila anda mengidap peringkat awal kanser payudara.Walaupun ianya bukan petanda yang jelas anda mendapat kanser namun setidak-tidak nya anda harus berwaspada dan melakukan pemeriksaan lanjut.Benjolan ini biasanya ada di sekitar payudara dan ketiak.Tidak kira benjolan tersebut kecil atau besar anda perlu melakukan pemeriksaan kesihatan dengan segera.

- Bentuk payudara berubah

Berdiri di depan cermin dan lihat perbezaan payudara anda.jika kedua-dua nya tidak sama bentuk ada kemungkinan itu petanda awal kanser payudara.Perhatikan juga saiz payudara anda .Jika saiznya dengan jelas berubah ada baiknya anda terus melakukan pemeriksaan kesihatan /

- kedutan pada bahagian tertentu payudara

kedutan pada payudara anda dalam tompokan kecil di bahagian tertentu payudara adalah petanda awal kanser payudara.Kulit payudara yang normal tidak akan mempunyai kedutan kecuali di bahagian puting.Rasa dengan tangan bahagian yang berkedut.Permukaan nya kasar dan kering hanya terdapat dibahagian tertentu payudara sahaja.

-Keluar cairan dari puting 

Tanpa anda sedari tiba-tiba cairan keluar dari puting anda.Cairan nya berbau busuk dan jernih dan  agak kenyal.Jika cairan yang keluar berwarna coklat atau merah itu bermakna kanser anda ditahap kronik.Cairan yang keluar berbeza dengan susu ibu.
-Rasa nyeri

-Kemerahan

Apabila terdapat tanda kemerahan dibahagian sekitar payudara ,anda harus berwaspada kerana itu adalah tanda awal kanser payudara.Tanda merah nin apa bila di sentuh ianya berasa hangat .Selain tanda merah , kulit payudara juga berubah warna seolah-olah lebih gelap di satu sisi sahaja.

-Puting masuk ke dalam

Ramai yang mengatakan jika puting payudara termasuk kedalam itu bermakna anda berisiko mengalami kanser payudara.kenyataan tersebut ada benarnya dan hanya boleh dipastikan dengan peemeriksaan lanjut oleh doktor anda . Harus anda ketahui bukan bahagian puting saja yang akan termasuk ke dalam tapi bahagian lain juga. Jika anda dapati kulitnya termasuk ke dalam itu petanda awal kanser payudara.Ianya boleh jadi bahagian atas payudara , tepi atau pun bawah.


-Gatal dan beruam di sekitar puting 


Rasa gatal yang tidak tertahan dibahagian sekitar puting payudara adalah tanda awal kanser payudara.Selain rasa gatal ada juga yang mengalami ruam disekitar puting .Ada juga yang akan mengalami kulit bersissik dan kasar di bahagian payudara.Apa sahaja perubhaan kulit pada payudara anda haruslan mendapat rawatan .Kulit normal manusia tidak bersisik dan beruam serta gatal.Apalagi  kalau gejala ini berlaku di bahagian payudara anda ianya sudah tentu perkara yang tidak normal.

- Rasa nyeri

Bagi seorang wanita mereka akan merasa nyeri pada payudara ketika hendak haid atau pun sedang hamil.Rasa nyeri ini tidak terlalu kerap terjadi.Tapi bagi penderita awal kanser payudara rasa nyeri yang mereka rasai sangat kerap dan sepeti tida penghujung nya.rasa nyeri ini juga hanya berlaku di kawasan yang sama.Jika anda merasa nyeri seperti ini jangan picit, urut  atau menyapu minya. Terus dapatkan rawatan secepat mungkin.


Kanser payudara merupakan penyakit yang boleh membawa maut yang tidak hanya di deritai oleh wanita tetapi juga lelaki.Kanser payudara dapat dikesan awal dengan hanya sentuhan.Jangan lupa untuk melakukan pemeriksaan rutin sendirian di rumah dan peka dengan setiap perubahan payudara anda.


  1. Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 Tips Cantik dan Sihat Semulajadi
| Distributed By Gooyaabi Templates