Friday 21 April 2017

TIPS MEMILIH PERFUME YANG SESUAI UNTUK KE TEMPAT KERJA




Bagi wanita yang bekerja , perfume wajib di pakai setiap hari apa lagi jika kerja yang melibatkan anda untuk bertemu dan bekerjasama dengan orang lain.Bukan sahaja sebagai menambah keyakinan diri malah perfume juga akan membuatkan anda mudah , senang dan selesa didekati.Namun dalam memilih perfume yang sesuai untuk ke tempat kerja ada beberapa perkara  dan tips yang anda perlu tahu dan dititik beratkan.

Citarasa setiap dari kita pasti berbeza-beza.Namun untuk jenis perfume ke tempat kerja anda perlu memilih perfume yang boleh buat anda fokus .Anda mungkin boleh mencuba perfume dengan wangian bunga melati .Haruman seperti ni akan membuat anda lebih peka dan tenang.Anda juga boleh memilih wangian papermint yang boleh meningkatkan daya ingatan dan sebagai aromaterapi bagi anda.

Lambakan perfume di pasaran memberi kelebihan pada kita untuk memilih jenis perfume yang kita gemari.Pilih saja yang mana anda gemari dan selesa mengikut kemampuan anda..Samaada Eau de Parfum, Eau de Toilette atau Eau de Cologne anda boleh mermilihnya. Namun jika anda ingin kan rasa wangi yang lembut dan tidak mengganggu konsentrasi anda patut memilih Eau de Perfume.Wangian nya juga kekal sepanjang hari.Anda tidak perlu mengaplikasikan ke tubuh anda terlalu kerap apa lagi di tempat kerja.Agak kurang manis jika anda asyik dilihat menyembur perfume oleh rakan sekerja lain ..bukan?

Ada juga wanita yang suka kan haruman yang lebih seksi dan menyerlah baunya..Anda boleh saja membawa perfume sebegini ke tempat kerja.Tapi jangan dugunakan setiap hari dan diwaktu siang.Anda boleh menggunakan nya ketika anda menghadiri majlis-majlis syarikat yang diadakan di malam hari.Untuk majlis syarikat yang diadakan diwaktu siang and boleh menggunakan perfume haruman green Tea ,citrus, apel, mint, white florals, wood atau cinnamon.

Bagi yang menggemari solid perfume , sudah tiba masanya anda menukar perfume anda.Perfume jenis ini agak berminyak dan tidak sesuai digunakan di tempat kerja.Lagi pula ianya cepat hilang bau nya dan perlu di aplikasi dengan kerap dan boleh meninggalkan kesan kuning pada pakaian anda.



Terima kasih..

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 Tips Cantik dan Sihat Semulajadi
| Distributed By Gooyaabi Templates