Saturday 20 May 2017

4 PUNCA MENGAPA WAJAH BERMINYAK SETIAP KALI BANGUN TIDUR




Masalah kulit berminyak sering dialami sejak dari remaja hinggalah mencecah usia 40 tahun.Di usia begini masalah kulit berminyak memberi kesan buruk pada kulit.Salah satunya ialah jerawat . Lapisan kulit perlu menghasilkan minyak kerana minyak ini akan melindungi kulit kita.Namun ianya menjadi perosak jika berlebihan dan membuatkan kita hilang keyakinan diri terutamanya ketika baru bangun tidur.

Punca kulit Wajah berminyak selepas bangun tidur


-Skincare yang tidak sesuai dengan kulit

Skincare yang tidak sesuai dengan kulit adalah punca dan penyebab utama mengapa wajah kita akan berminyak setiap kali selepas bangun dari tidur.Anda mungkin tidak menyedari perkara ini berlaku ketika berkerja atau semasa anda tidak tidur kerana di waktu ini kita kerap membersihkan wajah contohnya ketika berwuduk. Pastikan anda menukar skincare yang anda gunakan setiap hari untuk mengurangkan minyak di wajah.

Salah satu penyumbang besar kepada kulit berminyak ialah penggunaan pelembab.Bagi mereka yang tidak mengalami masalah kulit kering , elak kan menggunakan pelembab kerana minyak yang terkandung didalam lapisan kulit adalah pelembab yang terbaik.Jika anda menggunakan pelembab itu lah punca pengeluaran minyak dilapisan kulit menjadi berlebihan.

-Masalah Hormon

Kulit menghasilkan minyak berlebihan apabila hormon dalam tubuh berubah.Ketika haid atau datang bulan itu lah masanya hormon wanita berubah.Kebiasaan nya masalah ini tidak berlarutan lama .Ianya sesuatu yang tidak perlu anda risaukan.Anda hany perlu banyak kan berehat, elak kan stress dan menjaga pemakanan anda.





- Malas mencuci muka sebelum tidur.

Berapa ramai wanita yang tidak mencuci muka sebelum tidur?Tahu kah anda ketika kita tidur pori-pori di wajah kita sedang berehat akibat keletihan dengan aktiviti-aktiviti di siang hari yang menyebabkan kulit kita kotor, berminyak, dan sebagainya.Kerana itu kita perlu mencuci muka sebelum kita tidur.Jika tidak segala kotoran yang berkumpul diwajah kita akan  merosak kan kulit wajah dan menyebab kan kulit menghasilkan minyak berlebihan dan kemudian menjadi penyebab jerawat.

-Tidak menjaga pemakanan

Menjaga pemakanan sangat penting bukan saja untuk kesiahatan tubuh badan tapi juga untuk kulit yang sihat..Elak kan terlalu kerap mengambil makanan yang diproses kerana makanan seperti ini juga membuatkan kulit berminyak.Lebihkan makan sayur dan buah-buahan terutamanya di waktu malam.

Steam Cell Beauty Mask untuk hilangkan minyak berlebihan di wajah


Untuk mengelak kan pengeluaran minyak berlebihan ketika anda tidur, anda boleh menggunakan Steam cell beauty mask sebelum tidur.Steam Cell Beauty Mask berfungsi memelihara kulit anda dan memperbaiki setiap kerosakan pada sel  kulit wajah.Anda juga akan berasa lebih segar dan cantik selepas bangun dari tidur.

Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 Tips Cantik dan Sihat Semulajadi
| Distributed By Gooyaabi Templates