Monday 22 May 2017

7 TANDA AWAL KANSER YANG SERING DIABAIKAN OLEH RAMAI ORANG

picture: healthliving.today

Tubuh badan setiap manusia sangat istimewa.Tahu kah anda bahawa tubuh badan kita dicipta dengan mampu mengesan signal atau tanda -tanda awal setiap perubahan dalam tubuh badan kita seperti masalah kesihatan.Malangnya, ramai di antara kita terlepas pandang tanda-tanda itu.Kami akan kongsikan beberapa tanda awal kanser yang dikesan oleh tubuh badan kita namun ramai dari kita yang tidak mengendahkan tanda-tanda ini.Ianya bukan lah satu kepastian yang anda mengidap kanser cuma setiap apa perubahan pada tubuh badan anda perlu lah dirujuk pada pakar kesihatan anda.Semoga dengan perkongsian ini anda akan lebih mengambil serius pada perubahan yang berlaku di tubuh anda.
Sumber:brightside

1-Neoplasms
Neoplasms adalah tanda-tanda pada kulit yang berkaitan dengan  kanser payudara. Gejala-gejala lain termasuk:
-Benjolan keras dalam payudara  atau ketiak.
-Kerengsaan atau ruam yang tidak diketahui puncanya.(tiada kaitan dengan  makanan atau alahan kosmetik.)
-Kemunculan ulser pada bahagian yang terdapat neoplasms
-Pertumbuhan tanda lahir atau perubahan bentuk tahi lalat .

picture: dietainformaebenessere.com


2-Batuk 
Batuk yang berlarutan  adalah salah satu daripada tanda-tanda penyakit barah paru-paru yang mungkin berkaitan dengan tanda-tanda lain seperti:
-Pengurangan selera makan.
-Berat badan turun mendadak.
-Pada peringkat akhir, kanser paru-paru boleh menyebabkan batuk berdarah dan sesak nafas.

3-Ruam kulit/gatal pada kulit
Dalam kebanyakan kes, ruam kulit tidak dikaitkan dengan tumor, tetapi pengalaman klinikal menunjukkan ianya mempunyai hubung kait .Antara ruam kulit yang berkaitan:- 
-neoplasma rahim yang menyebabkan gatal-gatal pada kemaluan.
-kanser otak boleh membuatkan  gatal-gatal di hidung.

4-Perubahan fungsi usus
Tanda-tanda awal barah usus yang sering berlaku :-
-Darah dalam najis.
-terjadinya Mukus atau nanah
-membuang air besar secara spontan.

5-kesakitan apabila membuang air kencing
Ini boleh menjadi tanda-tanda awal kanser buah pinggang yang juga dikaitkan dengan beberapa gejala-gejala lain:
-Keluar  darah ketika membuang air kecil.
-Mengalami tekanandarah tinggi.
-Sakit di bahagian buah pinggang.
-badan berasa lemah yang melampau.

picture: abcnews.go


6-Berat badan turun
Penurunan berat badan tidak ddiketahu puncanya  mungkin berlaku apabila anda mempunyai kanser perut. Pada peringkat awal, aktiviti klinikal tidak begitu jelas. Walau bagaimanapun, tanda-tanda yang berikut jelas dapat dirasai:
-Hilang selera pada   daging.
-Rasa cukup kenyang (perasaan telah dimakan terlalu banyak tetapi sebenarnya anda hanya maan sedikit sahaja).
-Anemia.
-Kesukaran pergerakan makanan melalui usus.

7-sakit pada tekak
kesakitan berpanjangan pada tekak boleh menjadi tanda-tanda kanser .Ianya berkaitan dengan   pangkal tekak yang juga dikaitkan dengan yang berikut:
-Kesukaran bernafas dan menelan.
-Terasa seperti ada ketulan di tekak.
-Suara serak hingga hilang suara
-Batuk berdarah, nafas berbau.


Pemerhatian ini  tidak boleh digunakan untuk mendiagnosis diri sendiri dan mungkin juga ianya berkaitan dengan penyakit lain . Walau bagaimanapun, jika anda menyedari perubahan pada diri anda seprti yang dinyatakan diatas jangan sesekali mengabaikan nya . Dapatkan nasihat dari doktor anda.

Terima kasih

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 Tips Cantik dan Sihat Semulajadi
| Distributed By Gooyaabi Templates