Thursday 18 May 2017

TIPS KEKAL CERGAS , BERTENAGA DAN LANGSING DIBULAN PUASA



Tidak lama lagi kita bakal menghampiri ke bulan Ramadhan.Bulan dimana semua umat islam wajib berpuasa menahan diri dari lapar dan dahaga.Adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi bulan mulia ini supaya kekal cergas dan sihat ?

Bagi wanita bekerjaya pasti rutin harian anda penuh dengan kesibukan dan jadual yang padat.Namun sudah pasti and tidak mahu bulan puasa menjadi penghalang untuk anda bergerak aktif demi menyelesaikan tugasan anda.



Untuk mengekalkan kecergasan dibulan puasa anda harus memastikan dimalam hari anda minum air putih dengan banyak.Jangan sesekali mengamalkan minuman berais kerana ianya akan membuatkan badan anda lemah disiang hari.Ini kerana apa bila anda minum ais , anda hanya minum sedikit sahaja kerana rasa sejuk pada ais membuatkan anda rasa puas sedangkan air yang masuk kedalam badan anda sebenarnya tidak mencukupi.

Tidak kira sama ada waktu bersahur atau berbuka ,anda perlu minum air putih dengan banyak.

Bersahur sangat penting bagi mereka yang mahu berpuasa.Amalan bersahur akan memberi tenaga untuk anda disiang hari.Jadikan minum susu sebagai amalan wajib ketika bersahur.Pastikan juga anda mengambil makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan , sayuran dan bijiran.



Tidak menjadi masalah jika anda tidak mahu makan nasi cuma anda perlu pastikan anda cukup kenyang dan makanan yang diambil mampu memberi tenaga untuk anda sepanjang hari.Antara makanan yang anda boleh ambil ketika bersahur ialah buah pisang ,oatmeal,Yoghurt , jagung,kurma dan kentang.

Ketika berbuka puasa anda tidak perlu makan sehingga terlalu kenyang.Ini kerana selepas makan anda akan berasa mengantuk dan anda sudah tentu akan terlepas beberapa perkara yang baik dilakukan di bulan Ramadahan.Makan sedikit tetapi kerap.Contohnya ketika berbuka anda makan nasi dan kurma , kemudian selepas solat maghrib anda makan sedikit kuih dan selepas Terawih atau sebelum tidur anda makan buah.Ini bagi memastikan tubuh badan anda sentiasa kenyang supaya anda tidak mengambil makanan berat pada lewat malam.

Terima Kasih


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 Tips Cantik dan Sihat Semulajadi
| Distributed By Gooyaabi Templates