Tuesday 4 April 2017

5 MASALAH PADA KULIT INI TANDA TIDAK CUKUP MINUM AIR

5 MASALAH PADA KULIT INI TANDA KITA TIDAK CUKUP MINUM AIR Air adalah keperluan asas paling penting dalam kehidupan kita sehari-hari.Melalui hari tanpa air atau dengan air yang terhad amat menyukarkan.Air membentuk 60% daripada berat badan orang dewasa.Namun masih ramai yang tidak mengendahkan pengambilan  air yang secukupnya .Kekurangan air dalam badan boleh menjejaskan dan merosak kan badan mereka sendiri.Terdapat 5 masalah pada kulit yang biasa dialami oleh mereka yang kurang minum air putih.


1-Bibir kering
Anda mungkin merasakan ianya hanya masalah kecil apabila menyedari bibir anda kering.Namun masalah bibir kering jika tidak di rawat dan dicegah ianya akan berlarutan hingga melukakan kawasan bibir anda.Ini juga akan menyukarkan anda untuk makan dan bercakap.Ada juga yang hanya minum air bergula namun ianya bukan penyelesaian kerana air bergula tidak mampu memberi kelembapan berterusan pada bibir anda.Minum air putih setiap jam supaya keadaan bibir anda kembali lembab.


2-Kulit menjadi kering
Kulit adalah organ terbesar pada tubuh kita.Disebab kan itu kita memerlukan air yang banyak supaya kekal terhidrat.kulit kering adalah salah satu daripada tanda-tanda awal dehidrasi .Kekurangan air bermakna kekurangan peluh, yang membawa kepada ketidakupayaan badan untuk mencuci kotoran yang berlebihan dan minyak terkumpul sepanjang hari. Jika anda ingin mencegah jerawat, tindakan pertama anda ialah anda perlu minum lebih banyak air.


4-mata merah dan tidak bermaya
Minum air bukan hanya sekadar untuk menghilangkan dahaga dan membasah tekak.Namun ianya juga untuk mata yang cantik menawan.Jika kekurangan air , mata anda turut terjejas.Mata akan mengalami perubahan seperti lebam sekeliling mata, mata menjadi merah dan kering terutamnya bagi mereka yang memakai kanta lekap.



5- kelihatan tua dari usia sebenar
Kekurangan air boleh menyebab kan kita kelihatan tua dari usia sebenar.Ini kerana wajah yang kekurangan air nampak kusam dan pucat Kulit yang kering akan menyebabkan kedutan mudah muncul dan menjejaskan penampilan kita.Kulit juga mudah mengelupas apabila di garu terutamnya di bahagian lutut dan  siku .Tumit kaki juga mudah merekah dan pecah.Anda juga jarang buang air kecil dan menyebabkan toksid berkumpul dalam badan.

Air bergula tidak dapat menggantikan tugas air putih yang diperlukan dalam badan kita.Elak kan pengambilan air bergula dan lebihkan air putih untuk hidup yang lebih sihat, cantik dan bertenaga.

Terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 Tips Cantik dan Sihat Semulajadi
| Distributed By Gooyaabi Templates