Thursday 8 June 2017

PUNCA PAYUDARA MENJADI KENDUR

Hi..



Masalah  payudara kendur dialami oleh ramai wanita . Ianya dianggap masalah biasa terutamanya bagi wanita yang sudah berusia.Namun dizaman sekarang payudara menjadi kendur juga dialami oleh wanita muda .

Apakah yang membuatkan payudara menjadi kendur dan bagaimanakah cara untuk mengembalikan semula bentuk asal payudara atau menjadikan payudara kembali anjal dan pejal?

PUNCA PAYUDARA KENDUR


Bagai wanita payudara adalah aset yang melambangkan keyakinan dan bagi golongan lelaki payudara yang sihat dan anjal memberi kepuasan dan keghairahan pada mereka.Disebabkan itu wanita akan berasa rendah diri apabila mengalami masalah payudara kendur.Disebabkan berbagai faktor payudara menjadi lembik, kendur, jatuh dan tidak menarik lagi.Antara faktor payudara menjadi kendur:-


1- Bra yang kurang sesuai

Selain dari menampung payudara , bra juga memberi pengaruh besar pada bentuk payudara.Oleh sebab itu anda harus berhati-hati dalam memilih bra . Jika anda memilih bra yang terlalu besar ianya tidak dapat menampung payudara anda dan menyebabkan payudara jatuh  dan kendur. Jangan terlalu kerap tidak memakai bra kerana ianya juga punca payudara anda kendur.

Pilih  bra  dengan ukuran yang tepat dan selesa untuk dipakai.Fabrik yang dipilih pula mestilah yang menyerap peluh dan tidak membuatkan payudara gatal dan melecet.

2-Makanan tidak berzat

Pengambilan makanan seimbang dan yang berzat sangat mempengaruhi pertumbuhan payudara. Jika anda jarang mengambil makanan berzat ianya akan mempengaruhi bentuk badan sekaligus payudara anda juga tidak menarik dan menjadi kendur.

banyak kan mengambil makanan mengandungi protein dan disertakan dengan zat besi serta Vitamin C.ianya bukan saja membuatkan bentuk badan serta payudara  menarik malah kulit anda juga cantik dan gebu.

3-Melahirkan anak

Ramai wanita yang takut payudara kendur selepas melahirkan anak.Namun ianya perkara yang akan dialami oleh setiap wanita yang melahirkan anak.Ini berlaku kerana selepas melahirkan anak, berat badan wanita akan menurun dan mempengaruhi kelenjar susu .

Selepas melahirkan anak , jaga pemakanan dan amalkan mengambil makanan sihat dan berkhasiat.Amalkan senaman tertentu untuk mencantik kan payudara.

4-Menyusukan bayi

Payudara tidak mempunyai otot.ianya terdiri dari pada kelenjar dan saluran susu, serta lemak,Jadi apa bila bayi kerap menyusu, payudara akan menjadi kendur dan lembik.

Anda boleh menggunakan produk Boobs Up By Sari yang mampu mengembalikan keanjalan dan membentuk kembali payudara anda suopaya nampak lebih pejal dan menarik.

5-Mengalami penyakit

Berat badan mendadak turun sekaligus membuatkan payudara tidak menarik dan semakin kendur . ianya perkara yang perlu anda hadapi jika mengalami penyakit kronik dan merbahaya.


Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 Tips Cantik dan Sihat Semulajadi
| Distributed By Gooyaabi Templates