Friday 16 June 2017

5 LANGKAH PEMERIKSAAN SENDIRI PAYUDARA YANG WAJIB WANITA TAHU

Hi Ladies..



Berapa kerap anda melakukan pemeriksaan sendiri pada payudara anda? Sebagai wanita kita perlu menjaga aset tubuh badan kita.Kita tidak boleh hanya mengharapkan orang lain untuk menyedari perubahan pada fizikal kita. Pemeriksaan payudara adalah pemeriksaan fizikal yang kita perlu lakukan selalu supaya kita dapat mengesan lebih awal perubahan yang berlaku pada payudara kita dan sekaligus mencegah kanser payudara .

Bagi wanita yang belum pernah melakukan rutin pemeriksaan sendiri pada payudara anda patut memulakan nya dari sekarang.Wanita yang berusia 20 tahun sudah boleh melakukan pemeriksaan sendiri mana kala  bagi wanita yang berusia 40 tahun anda perlu melakukan ujian saringan mamogram.

5 Cara Melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara



Untuk melakukan pemeriksaan payudara sendiri anda perlu berdiri di hadapan cermin.Berikut adalah cara yang betul untuk melakukan pemeriksaan sendiri pada payudara anda.

1- Buka baju dan berdiri di hadapan cermin.Pastikan anda dapat melihat kedua-dua belah payudara anda.Kemudian letak tangan di pinggang dan lihat payudara anda.perhatikan bentuk dan warna kedua-dua payudara anda.

Adakah sama saiz , warna dan bentuk atau ada perbezaan  yang ketara diantara kedua-dua belah payudara..Perhatikan juga dibahagian puting dan areola . Warna aerola mesti lah sekata dan tiada luka , cairan dan saiz puting kedua-dua belah adalah sama.

2- Letak kan kedua tapak tangan dibelakang kepala.Semasa mengangkat tangan perhatikan payudara anda.adakah keduanya terangkat pada masa yang sama atau pun tidak.

Perhatikan sekitar payudara sama ada terdapat lebam, benjolan, tompok merah .Perhatikan juga disekitar ketiak sama ada terdapat benjolan dan kelainan pada bahagian tersebut.

3- birdiri tegak ,Angkat lengan kiri dan letak di dibelakang.pastikan lengan betul2 di belakang kepala anda dan payudara anda terangkat.Guna tangan kanan untuk merasa sekitar payudara kiri .tekan dengan lembut sekitar payudara .tekan dalam bentuk bulatan dibahagian bawah, atas dan lakukan juga di bahagian ketiak.

Ulang proses ini pada payudara sebelah kanan.Pastikan tiada benjolan , perubahan warna , permukaan payudara yang merekah dan tidak sekata atau tompokan hitam atau lebam .

4- luruskan tangan ke bawah dan berdiri tegak.Perhatikan puting anda.adakah kedua-duanya dikedudukan yang sama atau ada perbezaan (contohnya kedudukan puting kiri lebih tinggi dari puting kanan) .picit bahagian puting anda.patikan tiada cairan aneh yang keluar (bukan susu).

5 - Baring di permukaan rata (tilam, tikar, lantai) . kemudian ambil bantal dan letak di bahagian kepala menghala ke bahu kiri. Kemudian tangan kanan anda tekan bahagian payudara seperti cara no 3.

Ulangi cara ini pada payudara sebelah kanan.



Jangan lupa untuk dapatkan pemeriksaan lengkap jika anda menyedari terdapat benjolan , nanah , perubahan warna dan saiz payudara anda ketika melakukan pemeriksaan ini.Ianya sangat penting supaya doktor yang merawat anda dapat mengetahui keadaan sebenar anda.

Kanser payudara boleh dirawat jika penyait ini dapat dikesan dari awal.

Terima kasih..



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 Tips Cantik dan Sihat Semulajadi
| Distributed By Gooyaabi Templates