Featured

Wednesday, 31 May 2017

TIPS DAN CARA PALING MUDAH MENGILANGKAN BAU BADAN DENGAN CEPAT

Hi Ladies...



TIPS DAN CARA PALING MUDAH MENGILANGKAN BAU BADAN DENGAN CEPAT Mempunyai bau badan memang membuatkan hati risau dan sukar untuk kita berada di dalam kelompok rakan-rakan serta orang ramai.Perasaan rendah diri dan tidak yakin akan sentiasa membelenggu diri kita.Walaupun beberapa cara sudah di cuba namun bau badan hilang hanya sementara.Bau nya kembali menyengat jika badan mula berpeluh dan ini pasti membuatkan kita berasa malas untuk beraktiviti dan bergaul dengan rakan-rakan lain.

Bayangkan ketika anda dan rakan-rakan berada didalam sebuah bilik , berkongsi cerita dan bergelak ketawa tiba-tiba anda menyedari yang rakan-rakan anda mula menjarak kan diri dari anda.Oh!!!pasti anda mula curiga bukan?Tak salah jika anda berkongsi masalah anda dengan kawan-kawan.Luahkan kerisauan anda tentang bau badan yang anda alami.Kebiasaan nya rakan-rakan akan berkongsi tips dan sentiasa memberi bantuan pada anda.Mereka akan memantau anda dari masa ke semasa.Dan ini akan membuatkan anda lebih bersemangat untuk mengatasi masalah anda yang satu ini.



Anda boleh mencuba Kesemua tips di bawah untuk menghilangkan bau badan.

- Kurangkan makanan yang berempah
- menggosok ketiak dengan kedua-dua kepala lutut anda
- mencuci ketiak dengan limau nipis
- menggunakan bedak khas untuk ketiak
- memakai deodorant
- menukar sabun mandian kepada sabun yang mengandungi antiseptik
- Mandi apa bila anda menyedari ketiak anda mula berbau
- Jauhkan minuman beralkohol
- Tinggalkan tabiat merokok
- Ketika haid kerap tukar tuala wanita dan mandi
- Mulakan diet kerana diabetis juga punca bau badan
- pilih pakaian yang lebih menyerap peluh.
- apabila berpeluh gunakan wipe tisu untuk mengeringkan bahagian ketiak.
- ambil kolagen setiap hati
- Kawal berat badan anda

Selain tips-tips diatas anda juga boleh mnedapatkan khidmat nasihat dari pakar farmasi.Dapatkan nasihat mereka ketika anda mendapatkan produk yang sesuai untuk menghilangkan bau badan.Anda tidak perlu malu untuk menyelesaikan masalah anda.Selalu lah memeriksa bau badan anda sendiri.Jangan biarkan orang lain yang mengesan nya terlebih dahulu.



Terdapat juga banyak petua-petua lama yang berguna khas untuk menghilangkan bau badan.Anda tidak perlu takut untuk mencuba.Pilih la kaedah mana yang sesuai dan mudah untuk anda.Jangan terlalu stress dan jangan cepat mengalah.Tidak ada masalah tanpa penyelesaian kecuali kita tidak mencuba..

Terima kasih

Thursday, 25 May 2017

KANSER PAYUDARA - PEMBUNUH KEDUA DIKALANGAN WANITA



Kanser payudara adalah sejenis barah dimana berlakunya pembentukan sel kanser yang berbahaya di dalam tisu payudara.Sel yang telah terjejas boleh menyerang tisu disekitarnya namun dengan pemeriksaan dan rawatan awal kehidupan dapat dijalani seperti biasa.

Kanser payudara merupakan kanser yang paling sering didiagnos dan juga kanser pembunuh kedua dikalangan wanita.  Di seluruh dunia, kanser payudara  merupakan penyakit barah paling meluas di kalangan wanita.



Kanser payudara  menyerang sekitar 10% semua wanita pada semua peringkat umur di dunia Barat. Walaupun usaha meluas dijalankan bagi pengesanan awal dan rawatan berkesan, sekitar 20% wanita dengan barah payudara akan meninggal disebabkan penyakit tersebut, dan ia merupakan bentuk barah kedua yang mengakibatkan kematian tertinggi bagi wanita.

Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia pula menunjukkan kira-kira 94% kes yang dirawat di hospital kerajaan sudah ditahap paling kritikal dan sukar dipulihkan dan kemungkinannya membawa maut.

Walaupun kita bukan antara wanita yang mengidap penyakit ini namun seharusnya kita bersama-sama menyokong dan memberi semangat kepada wanita -wanita lain.

 Terima Kasih..


Monday, 22 May 2017

7 TANDA AWAL KANSER YANG SERING DIABAIKAN OLEH RAMAI ORANG

picture: healthliving.today

Tubuh badan setiap manusia sangat istimewa.Tahu kah anda bahawa tubuh badan kita dicipta dengan mampu mengesan signal atau tanda -tanda awal setiap perubahan dalam tubuh badan kita seperti masalah kesihatan.Malangnya, ramai di antara kita terlepas pandang tanda-tanda itu.Kami akan kongsikan beberapa tanda awal kanser yang dikesan oleh tubuh badan kita namun ramai dari kita yang tidak mengendahkan tanda-tanda ini.Ianya bukan lah satu kepastian yang anda mengidap kanser cuma setiap apa perubahan pada tubuh badan anda perlu lah dirujuk pada pakar kesihatan anda.Semoga dengan perkongsian ini anda akan lebih mengambil serius pada perubahan yang berlaku di tubuh anda.
Sumber:brightside

1-Neoplasms
Neoplasms adalah tanda-tanda pada kulit yang berkaitan dengan  kanser payudara. Gejala-gejala lain termasuk:
-Benjolan keras dalam payudara  atau ketiak.
-Kerengsaan atau ruam yang tidak diketahui puncanya.(tiada kaitan dengan  makanan atau alahan kosmetik.)
-Kemunculan ulser pada bahagian yang terdapat neoplasms
-Pertumbuhan tanda lahir atau perubahan bentuk tahi lalat .

picture: dietainformaebenessere.com


2-Batuk 
Batuk yang berlarutan  adalah salah satu daripada tanda-tanda penyakit barah paru-paru yang mungkin berkaitan dengan tanda-tanda lain seperti:
-Pengurangan selera makan.
-Berat badan turun mendadak.
-Pada peringkat akhir, kanser paru-paru boleh menyebabkan batuk berdarah dan sesak nafas.

3-Ruam kulit/gatal pada kulit
Dalam kebanyakan kes, ruam kulit tidak dikaitkan dengan tumor, tetapi pengalaman klinikal menunjukkan ianya mempunyai hubung kait .Antara ruam kulit yang berkaitan:- 
-neoplasma rahim yang menyebabkan gatal-gatal pada kemaluan.
-kanser otak boleh membuatkan  gatal-gatal di hidung.

4-Perubahan fungsi usus
Tanda-tanda awal barah usus yang sering berlaku :-
-Darah dalam najis.
-terjadinya Mukus atau nanah
-membuang air besar secara spontan.

5-kesakitan apabila membuang air kencing
Ini boleh menjadi tanda-tanda awal kanser buah pinggang yang juga dikaitkan dengan beberapa gejala-gejala lain:
-Keluar  darah ketika membuang air kecil.
-Mengalami tekanandarah tinggi.
-Sakit di bahagian buah pinggang.
-badan berasa lemah yang melampau.

picture: abcnews.go


6-Berat badan turun
Penurunan berat badan tidak ddiketahu puncanya  mungkin berlaku apabila anda mempunyai kanser perut. Pada peringkat awal, aktiviti klinikal tidak begitu jelas. Walau bagaimanapun, tanda-tanda yang berikut jelas dapat dirasai:
-Hilang selera pada   daging.
-Rasa cukup kenyang (perasaan telah dimakan terlalu banyak tetapi sebenarnya anda hanya maan sedikit sahaja).
-Anemia.
-Kesukaran pergerakan makanan melalui usus.

7-sakit pada tekak
kesakitan berpanjangan pada tekak boleh menjadi tanda-tanda kanser .Ianya berkaitan dengan   pangkal tekak yang juga dikaitkan dengan yang berikut:
-Kesukaran bernafas dan menelan.
-Terasa seperti ada ketulan di tekak.
-Suara serak hingga hilang suara
-Batuk berdarah, nafas berbau.


Pemerhatian ini  tidak boleh digunakan untuk mendiagnosis diri sendiri dan mungkin juga ianya berkaitan dengan penyakit lain . Walau bagaimanapun, jika anda menyedari perubahan pada diri anda seprti yang dinyatakan diatas jangan sesekali mengabaikan nya . Dapatkan nasihat dari doktor anda.

Terima kasih

Saturday, 20 May 2017

4 PUNCA MENGAPA WAJAH BERMINYAK SETIAP KALI BANGUN TIDUR




Masalah kulit berminyak sering dialami sejak dari remaja hinggalah mencecah usia 40 tahun.Di usia begini masalah kulit berminyak memberi kesan buruk pada kulit.Salah satunya ialah jerawat . Lapisan kulit perlu menghasilkan minyak kerana minyak ini akan melindungi kulit kita.Namun ianya menjadi perosak jika berlebihan dan membuatkan kita hilang keyakinan diri terutamanya ketika baru bangun tidur.

Punca kulit Wajah berminyak selepas bangun tidur


-Skincare yang tidak sesuai dengan kulit

Skincare yang tidak sesuai dengan kulit adalah punca dan penyebab utama mengapa wajah kita akan berminyak setiap kali selepas bangun dari tidur.Anda mungkin tidak menyedari perkara ini berlaku ketika berkerja atau semasa anda tidak tidur kerana di waktu ini kita kerap membersihkan wajah contohnya ketika berwuduk. Pastikan anda menukar skincare yang anda gunakan setiap hari untuk mengurangkan minyak di wajah.

Salah satu penyumbang besar kepada kulit berminyak ialah penggunaan pelembab.Bagi mereka yang tidak mengalami masalah kulit kering , elak kan menggunakan pelembab kerana minyak yang terkandung didalam lapisan kulit adalah pelembab yang terbaik.Jika anda menggunakan pelembab itu lah punca pengeluaran minyak dilapisan kulit menjadi berlebihan.

-Masalah Hormon

Kulit menghasilkan minyak berlebihan apabila hormon dalam tubuh berubah.Ketika haid atau datang bulan itu lah masanya hormon wanita berubah.Kebiasaan nya masalah ini tidak berlarutan lama .Ianya sesuatu yang tidak perlu anda risaukan.Anda hany perlu banyak kan berehat, elak kan stress dan menjaga pemakanan anda.





- Malas mencuci muka sebelum tidur.

Berapa ramai wanita yang tidak mencuci muka sebelum tidur?Tahu kah anda ketika kita tidur pori-pori di wajah kita sedang berehat akibat keletihan dengan aktiviti-aktiviti di siang hari yang menyebabkan kulit kita kotor, berminyak, dan sebagainya.Kerana itu kita perlu mencuci muka sebelum kita tidur.Jika tidak segala kotoran yang berkumpul diwajah kita akan  merosak kan kulit wajah dan menyebab kan kulit menghasilkan minyak berlebihan dan kemudian menjadi penyebab jerawat.

-Tidak menjaga pemakanan

Menjaga pemakanan sangat penting bukan saja untuk kesiahatan tubuh badan tapi juga untuk kulit yang sihat..Elak kan terlalu kerap mengambil makanan yang diproses kerana makanan seperti ini juga membuatkan kulit berminyak.Lebihkan makan sayur dan buah-buahan terutamanya di waktu malam.

Steam Cell Beauty Mask untuk hilangkan minyak berlebihan di wajah


Untuk mengelak kan pengeluaran minyak berlebihan ketika anda tidur, anda boleh menggunakan Steam cell beauty mask sebelum tidur.Steam Cell Beauty Mask berfungsi memelihara kulit anda dan memperbaiki setiap kerosakan pada sel  kulit wajah.Anda juga akan berasa lebih segar dan cantik selepas bangun dari tidur.

Terima Kasih
Copyright © 2015 Tips Cantik dan Sihat Semulajadi
| Distributed By Gooyaabi Templates