Featured

Monday, 12 June 2017

MERAWAT RAMBUT DENGAN TEH HITAM

Hi Ladies..

Tak ramai dari kita yang tahu tentang Teh Hitam. Walaupun begitu , sebenarnya Teh Hitam telah digunakan oleh masyarakat di beberapa negara seperti Kenya, Malawi ,India , Sri Langka bangladesh dan beberapa negara lain  sejak dulu lagi.

Teh hitam mempunyai banyak khasiat dari segi kesihatan dan juga kecantikan tubuh badan.Hari ini kami akan berkongsi dengan anda tentang khasiat Teh Hitam dalam rawatan rambut.

Masalah rambut bercabang, rambut gugur dan kelamumur sering menghantui ramai wanita.Teh hitam berupaya mengatasi masalah rambut yang anda alami.Anda boleh mengambil Teh hitam dengan cara minum 2 kali sehari atau pun menjadikan nya masker untuk disapu diatas kepala. Kandungan antiseptik dalam teh Hitam dapat mengurangkan kelamumur yang kadang-kadang membuatkan kulit kepala gatal dan tidak selesa

Bagi mereka yang mempunyai warna rambut yang hitam pekat dan cantik, Teh Hitam mampu melindungi warna rambut anda.Malah ianya menguatkan akar rambut anda dan melebatkan rambut.

Dalam menyediakan masker Teh Hitam anda boleh mencampurkan bahan-bahan lain sepeti madu. lemon dan putih telur.kemudian sapu pada kulit kepala dn helaian rambut anda.Lakukan sedikit urtutan pada kulit kepala.Biar selama 15-20 minit sebelum di cuci hingga bersih.

Untuk minum pula anda boleh mencampurkan lemon atau daun pudina.Ianya bukan saja baik untuk rambut dan kesihatan malah memberikan anda kesegaran dan menghilangkan letih dan stress.

Terima kasih..





Sunday, 11 June 2017

CARA HILANGKAN BINTIK HITAM DI WAJAH DENGAN MASKER PANDAN

Hi Ladies..



Kecantikan dan wanita memang tak dapat dipisahkan.Setiap wanita mengimpikan kulit yang cantik dan halus.Salah satu cara orang dulu-dulu menjaga dan merawat diri mereka ialah dengan menggunakan daun pandan. Daun pandan memang banyak kegunaaan nya.Selain untuk masakan , ianya juga berfungsi untuk merawat bau badan , menghilangkan kelamumur dan membersihkan badan untuk menggantikan sabun mandi.

Selain daripada itu daun pandan juga sangat bagus untuk kacantikan kulit wajah.Bagi mereka yang mempunyai flek hitam atau bintik hitam pada wajah , masker pandan sangat bagus untuk anda cuba. Anda boleh cuba membuat masker pandan ini sendiri memandangkan bahan nyayang mudah didapati dan cara membuatnya yang sangat mudah.


Cara Membuat Masker Daun Pandan 


Bahan yang diperlukan untuk membuat Masker Daun Pandan:-


2 sudu besar air perahan daun pandan
1 sudu besar madu asli
1 biji pisang masak
1/4 sudu besar  minyak zaitun
1 sudu kecil air perahan limau

 Cara-caranya:-

campur kan semua bahan dan gaul sebati hingga menjadi pes .
selepas 5 minit sapukan masker ke wajah .
Biarkan selama 15-20 minit.
kemudian bilas wajah hingga bersih dan keringkan wajah.
Lakukan setiap hari atau sekurang-kurangnya 3 kali seminggu .Anda akan terkejut dengan hasilnya nanti...

Banyak bahan semulajadi yang sangat bagus untuk kecantikan kulit dan rawatan tubuh badan.Anda juga boleh mendapatkan Steam Cell Beauty Mask yang sangat bagus untuk memperbaiki sel kulit wajah.Ianya lebih cepat memberi kesan merawat dan melindungi cela di wajah anda.


Terima Kasih


Thursday, 8 June 2017

PUNCA PAYUDARA MENJADI KENDUR

Hi..



Masalah  payudara kendur dialami oleh ramai wanita . Ianya dianggap masalah biasa terutamanya bagi wanita yang sudah berusia.Namun dizaman sekarang payudara menjadi kendur juga dialami oleh wanita muda .

Apakah yang membuatkan payudara menjadi kendur dan bagaimanakah cara untuk mengembalikan semula bentuk asal payudara atau menjadikan payudara kembali anjal dan pejal?

PUNCA PAYUDARA KENDUR


Bagai wanita payudara adalah aset yang melambangkan keyakinan dan bagi golongan lelaki payudara yang sihat dan anjal memberi kepuasan dan keghairahan pada mereka.Disebabkan itu wanita akan berasa rendah diri apabila mengalami masalah payudara kendur.Disebabkan berbagai faktor payudara menjadi lembik, kendur, jatuh dan tidak menarik lagi.Antara faktor payudara menjadi kendur:-


1- Bra yang kurang sesuai

Selain dari menampung payudara , bra juga memberi pengaruh besar pada bentuk payudara.Oleh sebab itu anda harus berhati-hati dalam memilih bra . Jika anda memilih bra yang terlalu besar ianya tidak dapat menampung payudara anda dan menyebabkan payudara jatuh  dan kendur. Jangan terlalu kerap tidak memakai bra kerana ianya juga punca payudara anda kendur.

Pilih  bra  dengan ukuran yang tepat dan selesa untuk dipakai.Fabrik yang dipilih pula mestilah yang menyerap peluh dan tidak membuatkan payudara gatal dan melecet.

2-Makanan tidak berzat

Pengambilan makanan seimbang dan yang berzat sangat mempengaruhi pertumbuhan payudara. Jika anda jarang mengambil makanan berzat ianya akan mempengaruhi bentuk badan sekaligus payudara anda juga tidak menarik dan menjadi kendur.

banyak kan mengambil makanan mengandungi protein dan disertakan dengan zat besi serta Vitamin C.ianya bukan saja membuatkan bentuk badan serta payudara  menarik malah kulit anda juga cantik dan gebu.

3-Melahirkan anak

Ramai wanita yang takut payudara kendur selepas melahirkan anak.Namun ianya perkara yang akan dialami oleh setiap wanita yang melahirkan anak.Ini berlaku kerana selepas melahirkan anak, berat badan wanita akan menurun dan mempengaruhi kelenjar susu .

Selepas melahirkan anak , jaga pemakanan dan amalkan mengambil makanan sihat dan berkhasiat.Amalkan senaman tertentu untuk mencantik kan payudara.

4-Menyusukan bayi

Payudara tidak mempunyai otot.ianya terdiri dari pada kelenjar dan saluran susu, serta lemak,Jadi apa bila bayi kerap menyusu, payudara akan menjadi kendur dan lembik.

Anda boleh menggunakan produk Boobs Up By Sari yang mampu mengembalikan keanjalan dan membentuk kembali payudara anda suopaya nampak lebih pejal dan menarik.

5-Mengalami penyakit

Berat badan mendadak turun sekaligus membuatkan payudara tidak menarik dan semakin kendur . ianya perkara yang perlu anda hadapi jika mengalami penyakit kronik dan merbahaya.


Terima Kasih

Tuesday, 6 June 2017

4 SENAMAN DAN AKTIVITI RINGAN YANG SESUAI DILAKUKAN KETIKA BERPUASA

Hi semua..



Bersenam di bulan puasa mungkin sesuatu yang mustahil bagi sesetengah orang. Tapi tahukan anda bersenam di bulan puasa bukan saja mampu membuang lemak di badan dengan cepat malah ianya juga membuatkan tubuh badan lebih bertenaga setiap hari. Memang bagi yang tidak biasa melakukan senaman dibulan puasa ianya agak menyukarkan kerana kita kurang mendapat sumber tenaga dari makanan dan minuman.Namun anda boleh mencuba beberapa senaman dan aktiviti ringan yang sesuai dilakukan ketika berpuasa  supaya tubuh badan anda tetap segar sepanjang hari.

1- Berbasikal


Berbasikal adalah satu aktiviti ringan yang menyihatkan dan tidak menggunakan terlalu banyak tenaga. Gerakan mengayuh basikal mampu mengeluarkan peluh dan menguatkan otot anda.Ianya sesuai dijadikan aktiviti ringan dibulan puasa.

2- Yoga

Dizaman sekarang ramai wanita yang lebih memilih yoga sebagai senaman harian kerana tidak memerlukan anda untuk berlari dan keluar rumah.Yoga mampu memberi ketenangan fikiran, menurunkan berat badan dan memperbaiki postur badan anda.Ianya sesuai dijadikan senaman ringan dibulan puasa.

3-Naik turun tangga

Bagi yang bekerja dan tinggal dirumah yang memerlukan anda naik dan turun tangga , anda bolej mempraktik kan senaman naik dan turun tangga setiap hari.Dikatakan dengan naik dan turun tangga selama 10 minit  anda mampu membakar 178 kalori setiap hari.

4- Berjalan Kaki

Salah satu aktiviti mudah dan mampu anda lakukan setiap hari dibulan puasa ialah berjalan kaki.Anda boleh melakukan aktiviti ini selepas bersahur selama 5-10 minit atau 15 minit sebelum berbuka puasa.Senaman ini boleh dilakukan semua peringkat usia.Dengan berjalan kaki setiap hari anda mempu mengurangkan risiko serangan jantung dan merendahkan paras kolestrol.

Berpuasa bukan lah alasan untuk kita tidak menjaga kesihatan.Malah dibulan puasa ini lah badan anda akan lebih mudah dineutralkan dengan aktiviti menyihatkan . Ambil lah peluang ini untuk ke arah hidup lebih sihat.

sekian..
Copyright © 2015 Tips Cantik dan Sihat Semulajadi
| Distributed By Gooyaabi Templates