Featured

Thursday, 11 May 2017

TIP MUDAH UNTUK NAMPAK CANTIK SEMULAJADI TANPA SOLEKAN




Cantik...Wanita mana yang tak mahu kelihatan cantik dan menawan.Jika anda wanita yang suka bersolek mungkin mudah untuk buat wajah anda kelihatan cantik. Namun  solekan hanya digunakan untuk waktu dan masa tertentu sahaja.Tidak lah setiap hari dan setiap masa memerlukan wanita  untuk bersolek.Kecantikan semula jadi lebih diidamkan oleh setiap wanita.Mungkin memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan kulit yang cantik semulajadi.Ianya bergantung pada usaha dan disiplin diri anda.

Kami akan kongsikan beberapa tips mudah untuk merialisasikan impian anda mendapatkan kulit yang cantik seperti semula jadi dalam masa singkat tanpa menggunakan bahan solekan.


1- Minum air putih yang cukup setiap hari.Apabila kulit kita kekurangan air ianya menyebab kan kulit menjadi kering, berjerawat, kusam , berjeragat ,berkedut dan masalah berat badan. Minum 1 liter air untuk 25kg berat badan anda..Anda akan merasai perbezaan kulit anda seawal beberapa hari .Kulit akan menjadi lebih cerah, lembab dan anda akan lebih bertenaga.


2- Tidur awal dan bangun awal.Rehat yang baik ialah tidur.untuk seorang dewasa tidur yang cukup ialah selama 6-8 jam.Jika anda tidur melebihi dari tempoh itu badan dan otak anda akan berasa letih .Tidur lewat pulak akan menyebab kan anda  tidak cukup tidur apa lagi jika anda perlu bangun awal untuk ke tempat kerja.Tidur yang tidak cukup pasti akan menjejaskan prestasi kerja anda.


3- Bersenam setiap hari .Anda tidak perlu ke gym atau berlari hingga 2 km setiap hari.Cukup anda lakukan senaman ringkas di bilik tidur anda.Lakukan sedikit regangan atau anda boleh lakukan 20x climbers untuk mengeluarkan peluh.Cara paling mudah untuk memulakan hari anda dengan rasa lebih segar. Anda juga tentu tidak mahu rakan sekerja melihat wajah anda yang kelihatan mengantuk dan tidak bermaya..bukan?

4-Berfikiran positif dan sebarkan semangat itu pada rakan yang lain . Setiap orang suka berkawan dengan orang yang positif, menyokong dan suka memberi bantuan. Walaupun tidak mempunyai wajah yang cantik namun sikap yang positif akan membuatkan anda disenagi orang lain dan itulah yang sebenarnya membuatkan anda kelihatan cantik dan menarik di mata rakan-rakan anda.


5- Pilih untuk bahagia - Elak kan anda berada di dalam kehidupan yang stress dan menyukarkan anda.Anda mempunyai pilihan untuk keluar dari zon tersebut atau terus di situ.Sebelum anda berfikir tentang orang lain, anda perlu utamakan diri anda sendiri. Ketahui apa yang membuatkan anda lebih bahagia.Tidak menjadi kesalahan jika anda lebih memilih untuk bercuti bersama keluarga daripada membantu rakan anda yang mengalami masalah dengan kekasihnya.

Kecantikan bukan sahaja di gambarkan dari wajah dan fizikal namun ianya juga di zahirkan dari perbuatan dan sikap kita.cantik dalaman kita maka akan cantik juga lah luaran nya.

Terima Kasih

Tuesday, 9 May 2017

MASKER PISANG BUAT PAYUDARA LEBIH CANTIK DAN ANJAL



Memiliki payudara yang cantik dan anjal memang diimpikan ramai wanita.Payudara yang kendur dan tidak anjal membuatkan ada wanita yang berasa rendah diri dan tidak mempunyai keyakinan untuk bersosial atau bergaul dengan orang lain.Ada banyak faktor mengapa payudara tidak anjal anatranya melahirkan anak, masalah berat badan dan penambahan usia .

Payudara yang cantik pasti akan membuatkan penampilan lebih menyerlah dan tidak dinafikan ianya juga mengubah postur badan kita.malah mengikut kajian mereka yang mempunyai payudara yang cantik sangat di sukai oleh suami.Namun jangan risau jika anda tergolong dalam mereka yang tidak mempunyai payudara yang anjal kerana dengan masker pisang anda mampu memiliki payudara yang cantik seperti wanita lain.


Masker pisang untuk menganjalkan payudara


Bahan-bahan untuk membuat masker pisang.

2 biji pisang
1 sudu kecil madu
1 sudu kecil garam



cara membuat masker pisang

-Buang kulit pisang kemudian lenyek hingga halus
-Kemudian campurkan garam dan madu.
-sapu kan pada payudara - Elak kan terkena puting
-Biarkan hingga kering 20-30 minit
-Kemudian bilas dengan air suam sambil diurut perlahan-lahan

Rawatan ini perlu anda lakukan 3-4 kali seminggu sehingga anda mendapatkan payudara yang anda idamkan.Anda juga digalak kan melakukan senaman untuk mencantkkan lagi payudara anda.



Mungkin ada yang tidak mempunyai masa untuk bersenam atau membuat masker.Anda boleh juga mendapatkan Boobs Up By Sari iaitu produk membesar dan menganjalkan payudara .Produk ini mampu membesarkan payudara , menegangkan, mencerahkan puting dan mencantik kan lagi payudara anda.Ianya selamat dan sangat berkesan.Untuk mendapatkan produk ini anda boleh menghubungi :

whatsapp: 013 2807775
IG: @yansdbeauteofficialls
Fb: Yan Dbeaute


Saturday, 6 May 2017

BUAH-BUAHAN INI TIDAK BOLEH DIMAKAN OLEH PENGIDAP DIABETES



Kebanyakan dari kita yang mengamalkan diet dan pengambilan makanan seimbang pasti akan menjadi kan buah-buahan sebagai menu wajib setiap hari.Ini kerana dikatakan kandungan vitamin c yang tinggi yang terdapat di dalam buah.Namun bagi anda yang mempunyai penyakit diabetes atau sejarah keluarga yang mempunyai penyakit kencing manis dan  darah tinggi tidak semua buah-buahan boleh anda ambil dalam menu harian anda setiap hari disebabkan kandungan gula di dalam buah tersebut yang tinggi dan boleh memburuk kan lagi kesihatan anda.



Bagi anda yang mengidap diabetes pasti anda sering tertanya-tanya ..

Boleh kan pengidap diabetes makan pisang, durian...?

Boleh kah pengidap diabetis makan buah-buahan?

Buah-buahan apa yang boleh dimakan oleh pengidap diabetis?

Buah-buahan apa yang pengidap diabetis tidak boleh makan?


Berikut adalah senarai antara beberapa buah-buahan yang patut anda elak kan jika anda adalah pengidap diabetes.

1- Durian - Bagi pengidap diabetes anda boleh makan durian namun jangan berlebihan kerana kandungan gula nya yang tinggi.Didalam durian juga terdapat karbohidart,  lemak dan kandungan kalori yang tinggi membuatkan anda harus berhati-hati makan durian.Cukup 1-2 ulas durian sahaja.

2- Pisang - Pisang adalah buah yang paling di gemari oleh pengamal diet.Namun apa yang anda harus tahu kandungan gula di dalam pisang sangat tingi tambahan lagi untuk pisang yang sudah cukup masak ranum.Walaupun didalam pisang terdapat serat, kalium dan vitamin c namun kandungan gulanya juga tidak kurang hebat boleh membuatkan kadar gula dalam badan anda naik.

3- Anggur- Anggur hitam , anggur hijau atau pun anggur merah  ..ketiga-tiganya mengandungi gula yang tinggi.Untuk semangkuk kecil anggur ianya mendungi 15gram  gula.Anggur mengandungi antioksida namun had kan pengambilan nya dengan nasihat dari doktor anda.

4- Laici - Buah yang satu ini kerap dijadikan desert dan minuman kerana rasanya yang manis semulajadi .Ini kerana buah ini juga mengandungi gula yang tinggi dan tidak sesuai untuk anda yang mengidap diabetes.Rambutan juga sama dengan Laici, mempunyai gula yang tinggi dan bagi pengidap diabetes dan darah tinggi , anda harus menghad kan pengambilan Laici dan rambutan.

5- Mangga - Buah kegemaran ramai ini bukan saja di makan apabila sudah masak malah buahnya yang muda juga tetap menjadi kegemaran ramai.Tapi tahukah anda bahawa buah mangga yang masak ranum mempunyai gula yang tinggi ..Untuk semangkuk mangga yang sudah di potong ianya mengandungi 23 gram gula.Disebabkan di dalam mangga terdapat serat, Vitamin A dan C anda boleh memilih mangga yang muda sahaja.


Buah-buahan yang Boleh dimakan oleh pesakit diabetes

Usah risau jika anda rasa banyak buah-buahan kegemaran anda yang anda tidak boleh makan kerana masih banyak lagi buah-buahan lain yang bagus untuk anda.Contohnya seperti Avocado , blueberry , aprikot, oren ,peaches dan strawberry.Anda juga boleh makan epal hijau .Buah-buahan ini bukan saja bagus untuk kesihatan malah untuk kecantikan .

Sebelum mengambil apa-apa makan rujuk pakar kesihatan anda.Tidak semua bahan semualajadi baik untuk badan kita.Ianya bergantung pada tahap kesihatan kita

Terima kasih

Friday, 5 May 2017

INI PENYEBAB KENAPA PUTING PAYUDARA KERAP TERASA GATAL



Bagi seorang wanita mesti pernah melalui keadaan di mana  puting payudara terasa gatal sehingga tidak tertahan  dan ingin menggaru .Tapi sudah tentu ianya kurang manis jika dilihat orang.Anda terus bergegas ke tandas atau tempat yang tersembunyi.Tapi jangan terlalu asyik menggaru hingga berlaku iritasi pad kulit payudara anda.

Ada beberapa sebab kenapa puting payudara berasa gatal .


1- Eczema -  kulit kering pada puting payudara jika tidak dirawat akan membuatkan sekitar puting menjadi kering, bersisik , merah dan lebih serius akan berlaku pendarahan. Eczema biasanya disebabkan oleh virus staphylococcus aureus.keadaan ini biasanya berlaku untuk jangka masa yang panjang.Pastikan anda tidak menggunakan ubat-ubatan yang dilarang doktor anda.




2- Menyusu kan bayi -  kebanyakan ibu -ibu yang menyusukan bayi akan merasa gatal bahagian puting payudara.Mamun jika ianya terlalu serius seperti kegatalan yang berpanjangan , bengkak dan panas ianya kerana berlaku jangkitan pada liang susu yang tersumbat.Anda perlu kerap mencuci puting payudara terutama ketika mandi  kerana susu yang tersumbat boleh menyebabkan mastitis.Dapatkan segera rawatan jika ini terjadi pada anda.

3- Bahan kimia  - ketika anda mandi ,sabun atau syampoo yang mengalir pada tubuh anda tidak di bersihkan dengan sempurna.Ianya menyebabkan bahan-bahan di dalam pencuci tersebut menempel di puting payudara anda dan menyebabkan puting payudara berasa gatal.Pastikan ketika mandi anda memberishkan badan anda dengan air yang banyak terutamanya dibahagian payudara .


4- Kanser payudara - gatal pada payudara mungkin juga penyebab kanser Paget's disease iaitu kanser payudara yang jarang-jarang berlaku.Selain gatal puting juga menjadi rata, benjola pada payudara, keluaran cairan dan perubahan warna pada payudara anda.Dapatkan rawatan dan nasihat dari doktor anda.


Terima kasih.

Copyright © 2015 Tips Cantik dan Sihat Semulajadi
| Distributed By Gooyaabi Templates